Jaga-Jaga Dengan Niatmu!



Peristiwa 1 : Syahid Pada Jalan Allah.


Orang yang diadili paling awal ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya. 
Allah bertanya :"Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?

"Aku berperang di jalanMu sehingga aku gugur sebagai syahid."
"Kamu tipu! Kamu berperang supaya kamu dipanggil wira. Dan gelaran itu telah diberikan."
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.


Peristiwa 2 : Seorang Qari


Seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya. 
Allah bertanya :"Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?
"Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran keranaMu"
"Kamu tipu kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca supaya kamu digelar qari. Dan gelaran itu telah diberikan." 
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke neraka.

Peristiwa 3 : Orang Kaya

Seorang yang Allah berikan kemewahan. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya. 
Allah bertanya :"Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?
"Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang tidak Engkau sukai melainkan aku sedekahkah harta pada semua jalan tersebut."
"Kamu tipu ! kamu melakukannya supaya dipanggil dermawan. Dan gelaran itu telah diberikan.
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke neraka.

~Hadis Qudsi~

Apakah itu hadis Qudsi?

Dalam kitab-kitab hadis didapati hadis qudsi. Ulama hadis mengatakan bahawa hadis qudsi itu ialah perkataan Nabi Saw yang disebutkan dengan mengatakan Allah berfirman (berkata-kata), disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya. 


Kesimpulannya hadis qudsi ialah firman (perkataan) Allah yang disampaikan kepada Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham. Lalu Nabi saw menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah ; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian itu. Hadis qudsi ini juga dinamakan juga Hadis Ilahi atau hadis Rabbani. 

Dan pernah pula dibezakan hadis qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadis yang bersangkutan dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya.(kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid).
Contoh Hadis Qudsi itu, Rasullulah saw bersabda: 

"Firman Allah swt : Tiap-tiap anak Adam untuknya kecuali puasa maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seseorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sumber : 
Majalah Solusi 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 19, 2013 at 4:07 PM delete

Thanks bro atas perkongsian ini. Byk lagi perkara yg menerangkan kpd kita ttg niat yg blh menjerumuskan kita ke dalm neraka meskipun telah sedaya upaya beribadat.

Maka, hati-hati dgn niat. Terbaik bro.

Reply
avatar
krole
AUTHOR
July 19, 2013 at 4:12 PM delete

betul...jika berbuat baik itu sertakanlah sekali niat yang ikhlas insyaAllah akan mendapat keberkatan daripadaNya walaupun kebaikkan yang kita buat itu kecil dimata manusia~

p/s : bro mselim...kat blog krole ada shoutboxla huhu...kat sidebar tu...atas sekali ruangan official ownerkan....ada kan kotak warna kuning (krolezone shoutz)...klik sja...kesulitan amat dikesali huhu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 19, 2013 at 5:34 PM delete

moga kita jadikannya sebagai peringatan
menjaga tutur kata, perbuatan, tingkah laku di bulan ramadhan

Reply
avatar
Sop
AUTHOR
July 22, 2013 at 9:56 AM delete

peringatan kepada kita
setiap perkara bermula dgn niat :)

Reply
avatar
fyna
AUTHOR
July 22, 2013 at 11:59 AM delete

apa sahaja yang kita buat, niat itu penting dan kena sentiasa berada di landasan yang betul.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon