Assalammualaikum.... kepada semua kekawan blogger mselim3 dan silence reader blog mselim3 nie. Entry kali ini mselim3 hendak kongsikan pembacaan mselim3 pasal mencabut uban dari janggut dan kepala. Mselim3 harap entry ini , dapat menambah ilmu2 kita yang kurang dan teruskan membaca blog nie k. Pembacaan buku ini memang sering kita mendapat ilmu baru tapi sayang tidak semua sukakan ilmu yang benar dan sering mengatakan "mengapa agama sering menyekat kebebasan" percayalah disebalik sesuatu ilmu itu yang mana melarang umatnya mestilah ada tersimpan seribu ilmu atau hikmah yang tersembunyi supaya diambil iktibar untuk dijadikan pedoman. Jadi tepuk dada tanya iman... ilmu di zaman ini sangat meluas, dunia tanpa sempadan jika hendak ilmu baik dapat baik nak ilmu jahat dapat jahat.... (bergantung pada niat).
Contohnya : pisau diciptakan untuk memotong; guna pada jalan baik... potong sayur dan buahan2 untuk di makan... Kalau nak guna pada jalan tidak baik atau maksiat pisau digunakan untuk hilangkan nyawa manusia atau bunuh orang. Dalam dunia ini, ilmu baik kalau kita kongsikan dapat pahala jika ilmu yang kita kongsikan itu diamalkan oleh pengikut2 kita,maka berganda2 pahala, tetapi jika kita kongsi ilmu yang maksiat pun begitu juga "pahalanya" berganda2.. hehehehe insaallah k ... mselim3 pun perlu munasabah diri, kita nie pun tidak "perfect" sama-samalah tingkatkan ilmu dan amalan kita sama k.
Ok berbalik kepada hukum mencabut uban di kepala dan janggut. Mari sama2 kita fahami sama kenapa tidak boleh cabut.
Dari Amr' bin Syuib dari ayahnya dari neneknya lelaki ra dari Nabi saw bersabdanya:
"Janganlah engkau mencabut uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang muslim pada hari kiamat."
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh imam-imam Abu Daud dan Tarmizi serta Nasai dengan sanad-sanad yang bagus. Imam Tarmizi mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan.
Dari Aisyah ra katanya: "Rasullulah saw bersabda:
"Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang tidak ada perintah dari kita, maka amalan itu wajib ditolak."
(Riwayat Muslim)
Petikan :
Buku Riyadhus Shalihin
Halaman 1516-1517
Imam Nawawi
Bacaan Tambahan < Klik Sini>
pls: Entry lepas nie... insaallah "Perniagaan Ala Cara Rasullulah Saw"
6 comments
Write commentsgood sharing...
ReplySalam mselim3,
ReplyUban dah lebih dari yang hitam...kalau cabut, botak le...hehe
Terima kasih info ni...senang skit rasa hati.
Alhamdulillah satu perkongsian yang bermanfaat ....
Replyohh baru tau :)
Replynasib baik Tedi xde uban :)
ReplyBARU TAU..TERIMA KASIH SEBAB SHARING..NAMPAKNYER KENE BIARKAN JELA..HEHE
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon