Assalammualaikum... kepada kekawan dan pembaca setia blog mselim3 nie. mselim3 ingin berkongsi pembacaan hari ini, bertajuk membakar atau menyeksa binatang dengan api. Dahulu mselim3 pernah membakar kerengga atau semut api dengan api. Lalu emak dan nenek mselim menegur jangan bakar binatang dengan api "tak baik" . Mselim3 terpinga-pinga mencari jawapan "kenapa tidak baik bakar binatang dengan api" .
Jawapan nenek mselim3 : "Kalau orang cakap tak baik, tak baik lah..jangan tanya.
Melalui pembacaan sahaja, barulah faham... Ini kerana ilmu sahaja jalan penyelesaian kepada masalah, ini kerana tidak semua ilmu itu boleh dijawab dengan hanya mengunakan logik akal. Ini kerana akal yang dianugerah Allah swt ini adalah terbatas keupayaannya. Sekarang baca petikan buku ini ...
-------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah ra katanya: "Rasullulah saw mengirimkan kita beberapa orang sebagai perutusan, lalu beliau saw bersabda :"Jikalau engkau semua dapat menemukan si Fulan dan si Fulan,"Yakni dua orang dari golongan kaum quraisy yang juga disebutkan namanya beliau saw itu. Selanjutnya beliau bersabda:"Kalau dapat menemukan keduanya itu, maka bakarlah sajalah keduanya itu dengan api."
Setelah kita hendak keluar- yakni berangkat menjalankan tugas lalu Rasullulah saw bersabda lagi lagi :"Sesungguhnya saya tadi telah menyuruh engkau semua untuk membakar kedua orang itu yakni si fulan bin fulan tetapi sesungguhnya tidak menyeksa dengan menggunakan api melainkan Allah belaka. Jadi jikalau engkau berdua menemukan keduanya tersebut , maka bunuhlah saja mereka dengan alat selain daripada api."
(Riwayat Bukhari)
Dari Ibnu Mas'ud ra katanya :"Kita semua bersama Rasullulah saw dalam suatu perjalanan , lalu beliau berangkat untuk menyelesaikan hajatnya. Kemudian kita melihat seekor burung kecil bersama dua ekor anaknya. Selanjutnya burung itu menaungkan sayapnya seolah-olah mencari sesuatu.
Nabi saw kembali kemudian bersabda :"Siapakah yang mengejutkan burung itu dengan mengambil anaknya?"
Kembalikan anaknya itu kepadanya!"
Seterusnya beliau saw juga melihat perkampungan semut yang telah kita bakar , lalu bersabda :"Siapakah yang membakar ini?"
Kita menjawab :"Kita semua yang membakar" .
Kemudian bersabda Rasullulah saw lagi : "Sesungguhnya tidak patutlah menyiksa dengan menggunakan api itu , melainkan Allah (Tuhan) yang menguasai api neraka itu."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud)
Ucapan Qaryatu namlin maknanya ialah tempat semut bersama dengan semut-semut lain yakni perkampungan semut atau sarang semut.
Sumber :
Petikan "Buku Riyadhus Shalihin"
(Taman Orang-Orang Salih)
Halaman 1478-1479
Imam Nawawi
9 comments
Write commentsAs salam... saya pun pernah buat perkara tak baik tu.... sekarang saya dah tau & inshaAllah x kan ulangi lagi... tks utk info ni....
ReplyAssalam mselim...
Replyterima kasih atas perkongsian ilmu ni (^_^)
oooo..yumida pun slalu gak bakar semut2..rupanya x blh..nanti nak tukar juz ridsect je la
Replylink exchange tu...klik iklan erk?
done klik iklan hishop blog mselim
masa kecik dulu pun, aku selalu main bakar2 semut... budak2.. apa lah yg kite tau...
ReplyMasa memang suka, terutama guna plastik dibakar, cairan panas berapi menitis membunuh semut2. Suka bukan main tgok semut tu mengelejat dan mati. Sekarang baru terasa... kejamnyalah aku ni. Semoga Allah ampunkan dosaku, insan yg jahil ini...
Replyp/s: nak bunuh/halau tabuan dan penyengat...guna api juga, huhu
alhamdulillah dapat ilmu baru lagi...mohon share kat FB ye bro mselim
Replyemm..bru tau
ReplyBaru tahu pasal ni. Insya'Allah lepas ni takkan berlaku lagi.. terima kasih beri ilmu baru pada saya.
Replysalam :)
Replyterima kasih share ilmu berguna ni..lps ni sy takkan membakoo sesuka hati lagii..haha sebelum ni suka sgt membako..kite bako,kite bakoo!!
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon