Akhlak Rasulullah Saw Ketika Makan-Rasullulah saw itu sentiasa makan apa sahaja dihidangkan. Apabila hidangan sudah disediakan , sebelum Baginda saw makan . Baginda mengucapkan :
Baginda saw tidak suka makan hidang-hidangan yang masih panas dan bersabda:
"Allah tidak memberi makanan kepada kita , yang berupa api maka dari itu berpalinglah dari makanan yang panas."
(Riwayat oleh Baihaki)
Baginda saw hanya makan apa yang ada berhampiran dengannya. baginda saw suka makan roti gandum, mentimun dengan kurma basah. Sebahagian besar makanan baginda saw adalah air dan kurma dan yang paling disenangi adalah daging.
Baginda saw suka makan roti dengan daging, dan senang dengan buah pear. Bahagian kambing yang digemari oleh Baginda ialah bahagian lengan dan bahu. Adapun bahagian yang tidak digemari oleh Baginda ialah bahagian buah pinggang,kemaluan,buah kemaluan,matsnah,ghadad dan hayak. Baginda saw tidak suka makan bawang merah atau bawang putih.
Makanan apapun Baginda saw tidak pernah mencelanya jika Baginda ingin, Baginda akan makan dan jika tidak, Baginda akan meninggalkannya. Biawak (dhab) atau thihal tidak disukai oleh Baginda tetapi Baginda tidak melarang sahabat dari memakannya dan tidak pula mengharamkannya.
Apabila Rasullulah saw selesai makan, Baginda mengucapkan :
"Segala puji bagi Allah . Ya Allah bagiMu segala pujian , Engkaulah memberi makanan dan Engkaulah yang mengenyangkan. Engkaulah yang memberi minum dan Engkaulah yang menghilangkan dahaga. BagiMu segala pujian tanpa ditutup , tidak ditinggalkan atau tidak ada yang tidak memerlukannya."
Baginda saw apabila makan daging, maka setelah selesai , Baginda akan membasuh kedua tangannya sehingga bersih.
Baginda saw minum dengan tiga teguk dan tidak dihirupnya sehingga habis atau diteguknya sekali gus hingga berbunyi. Baginda saw tidak pernah bernafas dalam bekas minumannya, tetap menjauhkan mulut Baginda dari bekas itu dahulu apabila hendak bernafas.
Baginda saw kekadang mengambil sendiri makanan di rumahnya atau kekadang Baginda menyuruh orang mengambilnya.
Petikan ;
Intipati Ihya "Ulumuddin"
Halaman 653-654
Imam Al-Ghazali
5 comments
Write commentsgood sharing..
Replygreat piece of sharing mselim...lagipun kalau makan makanan yang panas2 sangat... nanti gigi cepat gugur...
Replythanks sharing ~
Replyterima kasih atas perkongsian ini mselim. InsyaAlah boleh dipraktikkan pada anak2 dan Kenit nanti (^^,)
ReplyBegitulah adap sopan ketika makan yg harus kita contohi... Rasulullah, panduan kita.
Replyp/s: Terima kasih mselim3
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon