Perangai dan keperibadiannya sangat terpuji , bahkan sebelum memeluk islam beliau terkenal dengan kejujuran dan keramahan. Keperibadian beliau benar-benar gambaran daripada akhlak yang baik menurut islam. Nabi mencintai beliau kerana akhlaknya. Mungkin kerana itu, juga Nabi mengizinkan dua puterinya menjadi isteri Uthman ra. Puteri pertama baginda Ruqayah meninggal dunia selepas Perang Badar.
Nabi saw sangat tersentuh kesedihan yang dialami Uthman ra sepeninggalan Ruqayah dan menasihatinya agar menikahi seorang lagi puteri baginda, Ummu Kalthum.
Pernikahan Uthman ra dengan dua puteri baginda saw itu adalah suatu penghormatan yang besar, sehingga beliau dikenali dengan sebutan Zu Nurain (pemilik dua cahaya) .
Uthman ra memang terkenal dengan sifat dermawannya. Ketika bencana kekeringan (musim kemarau) melanda kota Madinah , kaum muslimin terpaksa menggunakan air perigi Rum, satu-satunya sumber mata air.
Malangnya perigi itu milik Yusuf, seorang Yahudi yang serakah. Untuk mengambil air perigi itu kaum muslimin mesti membayar mahal dengan harga yang telah ditetapkan Yahudi terbabit.
Melihat keadaan penduduk Madinah , Uthman ra segera datang berbincang berunding dengan Yusuf.
Kata Uthman ra :"Wahai Yusuf mahukah engkau menjual perigi Rum ini kepadaku?
Yahudi tua yang sedang mabuk wang itu segera menyambut permintaan Uthman ra. Dalam benaknya terfikir , Uthman ra adalah orang kaya, dia pasti mahu membeli periginya , walau berapa pun yang dia minta . Namun, dia juga tidak mahu kehilangan mata pencariannya itu begitu sahaja.
Selepas itu, Yusuf menjawab:" Saya bersedia menjual perigi ini. Berapa engkau sanggup membayarnya?"
Jawab Uthman ra 10 Ribu Dirham."
Si Yahudi tua itu tersenyum tajam."Perigi ini hanya saya jual separuhnya. Kalau bersedia , sekarang juga engkau bayar 12 Ribu Dirham dan perigi itu kira bahagi dua. Sehari untukmu dan sehari untukku."
Selepas berfikir sejenak , Uthman ra menjawab:"Baiklah saya terima tawaranmu."
Selepas membayar harga dipersetujui , Uthman ra menyuruh pekerjanya mengistiharkan kepada penduduk mereka bebas mengambil air dari perigi itu tanpa sebarang bayaran.
Semenjak itu, penduduk Madinah bebas mengambil air sebanyak mungkin untuk keperluan mereka. Lain halnya dengan Si Yahudi tua itu, kebingungan lantaran tiada seorang pun membeli airnya.
Malah ketika Uthman ra datang menemuinya untuk membeli separuh lagi baki sumber air periginya, dia tidak mampu menolak walaupun dengan harga yang sangat murah.
Sumber :Petikan Bacaan BH
3 comments
Write commentsjadikan pengajaran....
Replyterima kasih atas perkongsian~
Reply"orang tamak selalu rugi"...mmg betul ungkapan ini untuk si Yahudi ni...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon