Hukum Memakai Tatoo dan Mengasah Gigi



Diantara yang diharamkan lagi iaitu membuat tatoo pada badan dan mengasah gigi menjadi tajam : Hadis Rasullulah saw : 



Rasullulah saw telah melaknati orang yang membuat tatoo dan yang mengasah gigi dan yang meminta diasah gigi." (Riwayat Muslim)

Adapun tatoo itu sendiri , maka dia akan menghodohkan muka dan tangan dengan warna biru dan lukisannya yang buruk itu. Setengah kaum Arab , dan khususnya kaum wanita mereka telah meminta dibuatkan tatoo ke sebahagian besar dari tubuh mereka . 

Sebahagian dari ahli-ahli kepercayaan sesuatu agama telah meminta dibuatkan tatoo pada badan mereka tentang sembahan mereka dan upacara sebagaimana kita mendapati ada di antara kaum nasrani yang mengambarkan Salib di tangan-tangan mereka dan di dada-dada mereka. 

Tambahan kepada semua kerosakan-kerosakan yang berlaku , apa yang dirasakan oleh tuan punya badan yang dibuat tatoo pada badannya itu dari seksa dan kepedihan yang disebabkan oleh jarum untuk membuat tatoo itu. 

Semua ini akan mendapat laknat kepada sesiapa yang membuat tatoo itu pada badannya. 


Adapun perbuatan mengasah gigi untuk menajamkan dan memendekkannya maka Rasullulah saw telah melaknati perbuatan itu , yakni wasyirah . Juga wanita yang meminta agar diasahkan gigi itu, yakni mustausyirah. Seandainya lelaki juga ikut buat mengasah gigi niscaya laknat itu akan menimpanya juga lebih-lebih lagi.





Sebagaimana Rasullulah saw telah mengharamkan mengasah gigi menajamkannya, demikian pula dia telah mengharamkan menjarangkan gigi . Sabda Rasullulah saw : 

"Rasullulah saw melaknati wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik dan yang mengubah ciptaan Allah." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mustafallijah , yakni wanita yang menjarangkan giginya atau yang menyuruh dijarangkan giginya supaya kelihatan jarang antara gigi-gigi itu supaya kelihatan manis. Memang ada di antara wanita yang dijadikan Allah begitu sehingga kelihatan manis , dan ada yang tidak. Maka yang mana giginya agak terlekat satu dengan yang lain atau yang menampakkannya hodoh cuba mengubah ciptaan Allah dengan niat hendak menipu pandangan orang ramai atau termasuk berlebih-lebihan dalam menghias diri .

Dengan mengenal hadis-hadis yang sahih , dapat kita mengetahui hukum syarak yang berlaku pada hari ini tentang mengubah ciptaan untuk kecantikkan yang dipopularkan oleh barat moden yang berunsurkan materialistik. 

Di dapati samada lelaki atau wanita yang mengeluarkan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk mengubah bentuk hidung, payudara,mata dan sebagainya. Semua perbuatan ini termasuk orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan Rasulnya kerana dikira menyiksa diri dan mengubah fitrah ciptaan Allah tanpa perlu  membuat "pengubahsuaian" kerana selain membazirkan harta kerana semata-mata menjaga rupa paras supaya cantik pada pandangan mata orang serta hanya mementingkan luaran semata-mata tanpa mengambil berat pengisian rohani.

Tetapi jika ada sesuatu keaiban yang mencacatkan seperti lebihan daging dan seumpamanya yang sememangnya pedih dan sakit, tidak salah kalau dia mengubatinya selama ia merasakan perlu untuk menghilangkan "keaiban" itu dan menyusahkan kehidupannya. 

Sebab Allah swt tidak pernah menyusahkan atau menyukarkan manusia dalam berpegang kepada agamanya (ustad al Bahiy al Khauliy: Al-Mar'ah Bainal Baiti Wal mujtamak,hal.105)

Tegasnya , bahawa hadis melaknat wanita mengasah giginya untuk mahukan kecantikkan semata-mata tanpa ada sebab-sebab tertentu. Tetapi jika kerana ada keperluan dengan tujuan untuk menghilangkan sakit atau pedih  atau bahaya yang boleh mengancam nyawa maka dalam hal ini adalah harus (mubah) atau dibolehkan dan tidaklah menjadi salah atau berdosa.
~ wallahu a'lam.  

Petikan : 

Buku " Halal dan Haram Dalam Islam" 
Halaman 141-143
Dr Yusuf Al-Qardhawi
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
May 23, 2013 at 1:19 PM delete

nice sharing...ramai yg xtau rasanya terutama mengasah gigi tu...tq sahabat...yg haram tu kita elak2 kan...

Reply
avatar
May 23, 2013 at 2:51 PM delete

bersyukurlah dengan apa yang Allah dah kurniakan kan mselim? x perlu nak ubah bagai... sampai nak buat tatoo la...asah gigi la... haihh....

Reply
avatar
krole
AUTHOR
May 24, 2013 at 12:31 AM delete

kesimpulannya bersyukur dgn apa yang Allah anugerahkan kepada kita...takyah nak tambah2...modified... Allah dah cipta kita cukup smua sifat~

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
May 27, 2013 at 6:43 AM delete

alhamdulillah... sebagai peringatan buat kita semua..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 21, 2017 at 1:17 PM delete

Assalamualaikum admin. Terima kasih sharing info yang bermanfaat. Saya mohon share ye admin. Kebetulan memang cari tentang asah gigi.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon