Keutamaan Bulan Rejab

keutamaanbulanrejab

Kepada kekawan dan silence reader blog nie, hari ini mselim3 nak kongsi pasal keutamaan Bulan Rejab yang bakal menjelang tiba pada hari sabtu ini. Mari kita sama-sama mengetahui apa yang ada pada bulan Rejab ini. Mselim3 kongsikan di sini ... karangan Imam Al-Ghazali  "Terjemahan Mukashafah Al-Qulub".. selamat membaca k....


Rasullulah saw bersabda : 

"Rejab adalah bulan Allah, Syaabah itu bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku." 


Ahli isyarat mengatakan,"Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya rahmat. Kemudian jim ertinya jurmul 'abdi (kesalahan hamba) . Dan ba ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan, "Aku jadikan hambaku diantara rahmat dan kebaikan-Ku." 

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa telah bersabda Rasullulah saw : 

"Siapa puasa dua puluh tujuh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibrail as turun kepada Nabi saw diisrak-mikrajkan."


Baginda juga bersabda : "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan redha Allah yang Maha Agung."

Dikatakan,"Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan. Zulkaedah,Zulhijah,Muharam dan Rejab." itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Quran : 
"Diantara ada empat bulan yang mulia." 

Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah al-ikhlas di baitul maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata,"Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu, mengambil pakaian bulu ibunya disitu. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil ,"Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepada-Ku di bulan Rejab, tidak akan Ku-biarkan dia sendirian di liang lahad!" 

Dirawikan bahawa ketiga sepertiga malam dari hari jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.
Dari Anas ra :"Telah bersabda Rasullulah saw : 

"Sesiapa berpuasa tiga hari dari bulan haram ditulis untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun." Dan berkata Anas ra "Peka sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi saw." 




Bulan yang mulia itu ada empat . Malaikat terpilih juga ada empat. Kitab terutama yang diturunkan juga ada empat. Anggota wuduk juga empat. Kalimah tasbih terutama juga ada empat iaitu ; Subhanallah,walhamdulilah ,lailaha illa Allah, Wa Allahu Akbar . Pokok hitungan juga empat sa,puluh, ratus dan ribu. Waktu juga empat iaitu jam,hari,bulan,tahun. Musim juga ada empat panas,dingin,basah dan kering. Khulafaur-Rasyidin juga ada empat ; Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali ra. 

Ad-Dailami merawikan dari Aisyah ra dia berkata ,"Aku mendengar Rasullulah saw bersabda : 
"Allah menyiramkan kebaikan kepada empat malam; malam Adha,malam fitri, malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab." 

Ad-Dalami merawikan dari Abi Umamah dari Rasullulah saw baginda bersabda: 
"Ada lima malam tidak akan doa tertolak;
1- Malam pertama bulan Rejab.
2- Malam Nisfu Syaaban.
3- Malam Jumaat.
4- Malam Aidil Fitri. 
5- Malam Aidil Adha."

Petikan : 
Buku "Terjemahan Mukashafah Al-Qulub"
Karangan Imam Al-Ghazali
Halaman 404-405
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
May 7, 2013 at 1:10 PM delete

thanks sahabat atas perkongsian ini...
moga ada manfaat bersama :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 7, 2013 at 4:44 PM delete

gd one tq share

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
May 20, 2013 at 1:48 PM delete

Nice sharing...byk hikmah bukan rejab ni..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon