Adab Menziarahi Makam Rasullulah Saw

madinah


Menziarahi Masjid Nabawi , makam rasullulah saw dan tempat-tempat bersejarah di Madinah ini ada adab dan peraturannya. Ini adalah supaya amalan kita menjadi lebih berkat dan sempurna serta mendapat pahala, tidaklah nanti segala amalan itu menjadi sia-sia bahkan menambah dosa serta mengurangkan pahala pula. Di samping itu, ziarah tidaklah pula terikat dengan solat dan ibadat yang banyak atau sedikit. Tuntutan ziarah ini sebenarnya sudah terlaksana dengan bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat memberi salam kepada Rasullulah saw dan kedua-dua sahabatnya kemudian berdoa untuk kebaikan diri dan kaum muslimin seluruhnya. 



Adapun lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang lain tidaklah diwajibkan , lebih-lebih lagi bagi mereka yang uzur atau kesuntukan masa, adalah menjadi kerugian jika peluang yang ada itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. 
makamnabi


Beberapa Abad dan Larangan Yang Harus Diikuti Semasa Berziarah Ke Makam Rasullulah Saw . 



1- Selawat dan salam kepada Rasullulah saw akan sampai kepada Baginda dari mana saja kita mengucapkan, tidak semestinya berdekatan atau berhadapan dengan makamnya. Khasnya kepada kaum muslimat yang tidak dapat masuk ke bahagian hadapan masjid. 

2- Jangan mengangkat suara dengan kuat ketika memberi salm kepada Rasullulah saw atau ketika berada di dalam Masjid Nabawi sekalipun dengan bacaan Al-Quran. Hendaklah memberi salam sekadar dapat didengari oleh diri sendiri sahaja. 

3- Juga jangan sekali-sekala membongkok ketika memberi salam kepada Rasullulah saw kerana itu adalah perbuatan bidaah dan jika sampai kepada rukuk seperti di dalam solat boleh membawa kepada haram. 

4- Diharamkan meminta sesuatu hajat atau sebarang permintaan untuk melepaskan diri daripada bala atau penyakit daripada makhluk atau roh orang telah mati meskipun roh Rasullulah saw sendiri kerana perbuatan itu akan membawa syirik . Meminta apat-apa hajat atau pertolongan hanyalah kepada Allah swt semata-mata. 

5- Masuklah ke dalam masjid dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doanya. Kemudian hendaklah bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat sebelum melakukan amalan lain. 

6- Jangalah menyentuh atau mengucap mana-mana dinding makam atau masjid di mana-mana saja. Juga jangan sekali-kali meleparkan sesuatu ke dalam makam seperti yang dilakukan oleh sesetengan pelawat . Perbuatan ini adalah bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan salafussoleh. 

7- Menghadap ke arah makam Rasullulah saw ataupun Raudhah ketika berdoa adalah dilarang sama sekali kerana kiblat doa bagi muslimin adalah Kaabah . Jadi hendaklah menghadap kiblat ketika berdoa di mana-mana kita berada. 

8- Tidak berasak-asak dan berebut-rebut semasa di makam Rasullulah saw di Raudhah atau dimana-mana mihrab masjid samada untuk berdoa atau bersolat . Bagaimana mungkin mendapat pahala yang diinginkan itu jika kita sanggup menyakiti orang lain dan tidak bertolak ansur dan bersabar.? 

9- Adab dan larangan dalam melintasi orang yang sedang solat semata-mata untuk mendapatkan saf di hadapan atau untuk keluar dari masjid. 

10-Hendaklah kita memenuhkan mana-mana saf yang kosong dan jangan memutuskan saf-saf jemaah atau memilih tempat solat berjemaah di celah-celah tiang. 

11-Jangan melakukan solat sunat di tengah jalan atau tempat laluan orang, pilihlah tempat yang terlindung (sutrah) , seperti di belakang tiang atau rak-rak al-Quran. 

12-Janganlan duduk di depan pintu masjid sekirannya msih ada ruang lagi di sebelah dalamnya kerana ini akan menyesak dan menyusahkan jemaah lain untuk masuk. 

13-Perbanyakkan ibadat kepada Allah swt dengan solat berjemaah, solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertasbih, berzikir dan bertahmid kepada Allah swt sebanyak mungkin juga bertaubat dari semua kesalahan yang lalu dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang lalu. 

14-Jauhi diri daripada segala perkara yang dilarang oleh islam samada haram ataupun makruh seperti merokok dan sebagainya. Hindari daripada berbual-bual dan perbuatan yang sia-sia. 

15-Bagi kaum wanita pula hendaklah menjaga adab, jangan memakai pakaian yang mendedah aurat, tidak memakai bau-bauan semasa terdapat lelaki yang bukan mahram. Sempurnakah perasaan cinta kita kepada Rasullulah saw sehingga kita sanggup datang dari tempat jauh semata-mata untuk bersolat di masjid Rasullulah saw dan memberi salam kepadanya, tetapi dalam masa yang sama pakaian, kelakuan dan tindakan kita tidak mengikut ajaran Baginda?

Sumber : 

Buku " Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah"  
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
April 24, 2013 at 2:56 PM delete

Salam,

Thanks for sharing..
Mudah-mudahan ada la rezeki ke kita mekah..amin..

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
April 24, 2013 at 9:37 PM delete

Insyaallah...jika diberi peluang kesana, akan saya ingat pesan2 ini. Kadangkala kita terlalu teruja hingga terlupa ada perlakuan yg dilarang dilakukan. Terima kasih mselim3

Reply
avatar
April 27, 2013 at 8:37 PM delete

insyaAllah..suatu hari nanti akan sampai di sini jika ada rezeki.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon