Berbagai pendapat dikeluarkan oleh ulama muktabar mengenai khusyuk dalam solat. Pendapat ulama 4 mazhab tentang masalah khusyuk dalam solat ialah :
1- Mazhab Hanafi
Menurut Imam Abu Hanifah daripada Mazhab Hanafi :
adalah makruh hukumnya orang yang solat bermain-main dengan baju atau anggota tubuhnya. Ini bersadar kepada hadis Rasullulah saw yang bermaksud ;
"Sesunguhnya Allah membenci tiga perkara....."
Rasullulah menyebut di antara yang tiga perkara itu ialah bermain-main dalam solat.
2- Mazhab Maliki
Imam Maliki ditanya tentang orang yang menoleh dalam solatnya,apakah hal itu bererti memutuskan solat? Imam Maliki menjawab: "Tidak !"
Diriwayatkan dari Imam Rabi', dari Hasan , beliau berkata : "Apabila dia menoleh ke kanan dan ke kiri, bermakna selesailah sudah solatnya. Apabila dia membelakangi kiblat, maka dia harus mengulangi solatnya.
Kemudian Imam Maliki tidak suka kepada orang yang merenggangkan jari-jarinya dalam solat. Ada sebuah riwayat yang disampaikan oleh Syu'bah ,Ibnu Abbas , katanya : "Saya solat di samping Inu Abbas ra, kemudian saya renggangkan jari-jari saya. Setelah Ibnu Abbas selesai solat beliau berkata:"Kerugian bagimu, kerana engkau merenggangkan jari-jarimu pada waktu solat"
3- Mazhab Syafie
Menurut pendapat Imam Syafie : "Adalah sunat bagi seseorang itu mendirikan solat dengan hati yang bersih,bebas dari perasaan malas,kesal dan keluh kesah. Kerana hati yang bersih itu akan membanctu kekhusyukannya dalam solat."
Seseorang yang hendak melakukan solat hendaklah berusaha melupakan segala peristiwa dan urusan dunianya. Ingatan hendaklah ditumpukan kepada amalan solat yang sedang dikerjakan. Usahakan agar segala anggota tubuh badan dalam keadaaan khusyuk , yakni tidak mempermainkan anggota tubuh sendiri dalam solat. Bahkan ada juga para ulama di kalangan fahaman syafie mengatakan bahawa 'khusyuk" itu adalah salah satu "syarat" sahnya solat, disamping syaratnya yang lain.
Cara mencapai khusyuk ini menurut mereka ialah hendaklah seseorang yang sedang solat itu ingat bahawa kita sedang menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Mengetahui Segala Sesuatu. Seseorang yang sedang solat mestilah sedar , bahawa dia sedang bermunajat kepada Allah dan merasakan kemungkinan solatnya akan ditolak,apabila dia tidak melakukannya dengan sepenuh hati.
Sayid Al Bakri , dalam kitabnya "I'anatut Talibin", jilid 1 halaman 180 , mengatakan: "Sebahagian daripada cara untuk menimbulkan khusyuk itu ialah dengan memanjangkan rukuk dan sujud."
Dikehendaki juga kita merenung makna bacaan , surah atau lain-lain bacaan yang dibaca dalam solat , supaya semakin sempurnalah kekhusyukan solat.
4- Mazhab Hambali
Mereka berpendapat bahawa sunat hukumnya bagi orang yang menunaikan solat mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Berkata Imam Ahmad bin Hambali: "Khusyuk dalam solat ialah dengan mengarahkan pandangan mata ke tempat sujud."
Pendapat ini berdasarkan kepada sabda Rasullulah saw yang menganjurkan seseorang yang menunaikan solat supaya fokus pandangan ke tempat sujud .
Selanjutnya kita lihat pendapat ulama salaf tentang orang yang tidak khusyuk di dalam solat. Iaitu :
a- Imam As-Saury
Beliau dengan tegas mengatakan ; "Sesiapa yang tidak khusyuk dalam hatinya, rosaklah solatnya."
b- Abdul Wahid bin Said
Beliau mengatakan :"Telah sepakat ijmak para ulama mengatakan bahawa :"seseorang hamba tidak memperolehi apa-apapun dari solatnya, melainkan sekadar yang mereka fahamkan daripadanya."
c- Al-Hasan al-basri
Beliau berpendapat :"Setiap solat yang tidak hadir hatinya (khusyuk) , orang yang solat itu akan lebih cepat mendapat seksa."
Berdasarkan kepada beberapa ungkapan di atas, jelaslah bahawa jiwa atau nadi solat itu terletak pada khusyuknya solat yang didirikan. Solat yang tidak dilaksanakan dengan khusyuk adalah sia-sia. Tiada yang diperolehi melainkan sekadar letih dan susah payah sahaja, bahkan juga mendapat seksa Allah .
Petikan :
Buku "Khusyuk Dalam Solat"
Halaman 19-22
Muhammad Uqbah An Nafiq
2 comments
Write commentsTerima kasih atas perkongsian ni... =D
Replythanks for sharing...:)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon