Hukum Qada Hajat (buang air besar) ?



Masuk tandas untuk qada’ hajat dan beristinjak perlulah kena caranya. Biar kita suci & bersih, terhindar daripada penyakit, disamping dapat memberi kemudahan untuk orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Berikut merupakan antara adab qada’ hajat & istinjak yang sepatutnya kita amalkan.

1.Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu seperti berikut:
Doa masuk tandas
Doa masuk tandas
2.Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas
Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama. Selain itu, membawa masuk ke tandas telefon bimbit yang bernada dering ayat Al-Quran & selawat juga haruslah dielakkan kerana khuatir ia akan berbunyi di tempat qada’ hajat tersebut.
3.Qada’ hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung)
Jika dilihat dari sudut hukum, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mengenai perihal qada’ hajat berdiri atau duduk (bertinggung). Ada yang mengkategorikan sebagai makruh dan ada juga yang mengharuskan dimana ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.
Hal ini berdasarkan hadith :-
Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi S.A.W.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi S.A.W. kencing di situ sambil berdiri.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Tetapi, hadith di atas menunjukkan tentang keharusan kencing berdiri. Tetapi bukanlah menjadi kebiasaan Rasulullah (SAW) membuang air kecil sambil berdiri.
Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi S.A.W kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).
Dua hadith di atas bukanlah bertentangan, tetapi isteri Baginda ‘Aisyah r.a menerangkan perihal kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW). Beliau tidak sentiasa bersama-sama dengan Rasulullah dalam musafir. Tetapi hal ini jelas menunjukkan, dalam keadaan biasa, Rasulullah (SAW) membuang air kecil dalam keadaan duduk.
4.Dilarang qada’ hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya: “Apakah 2 perkara tersebut?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang membuang air besar (qada’ hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh.” (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
5.Elakkan qada’ hajat dibawah pohon berbuah
Jangan qada’ hajat dibawah pohon berbuah bagi memelihara buah tersebut daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya perasaan seseorang tidak merasa jijik.


hukumqadahajat

6.Menjaga aurat dan elakkan qada’ hajat di tempat terbuka
Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini ialah menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas. Ataupun, buang air kecil di tandas berdiri yang kebiasaannya dibina secara terbuka. Ini, boleh menyebabkan aurat kita terdedah kepada orang lain.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada’ hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut.
(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
7.Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.
Adalah dilarang ke atas orang yang qada’ hajat mengadap ke arah atau membelakangkan kiblat. Cubalah semampu boleh untuk menyerong sedikit ketika qada’ hajat sekiranya binaan tempat qada hajat itu terbina memang menghadap atau membelakangkan kiblat.
Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
Rasulullah (SAW) bersabda: “Apabila kamu datang ke tempat qada’ hajat maka janganlah kamu mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau besar.” (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
8.Qada’ hajat di air yg tenang dan bertakung
Qada’ hajat di tempat air yang tidak mengalir boleh menjadikan air yang bertakung itu kotor dan mendatangkan perasaan jijik pada orang lain. Air tersebut juga sudah menjadi najis dan menyusahkan orang sekiranya terpercik pada pakaian.
Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang.
(HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
Larangan disini adalah dengan makna makruh tetapi Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa ia memberi makna HARAM. (Wallahualam)
9.Qada’ hajat dalam lubang
Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya. Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang tersebut.
Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah (SAW) melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang pada tanah. (HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
10.Tidak menjawab salam ketika membuang air.
Adalah dilarang untuk kita memberi dan menjawab salam ketika sedang qada’ hajat. Larangan ini termasuklah ketika menjawab salam daripada panggila telefon. Seeloknya, sudahkanlah qada’ hajat dan jawab panggilan telefon diluar tempat qada’ hajat. Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah (SAW) yang sedang membuang air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak menjawab. (HR Imam Muslim (370), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
11.Dilarang bercakap.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada’ hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut.
(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
12.Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
Orang yang qada’ hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan. Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.
Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal), maka ia hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut.
Daripada Abi Qatada daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah bersaba: Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dgn tangan kanannya dan jangan ia beristinjak menggunakan tangan kanannya. (HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
13.Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.
Selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut – ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan). Ini bertujuan mengeluarkan sisa air kencing yang masih berbaki.
Tetapi janganlah terlalu banyak beristibra’ untuk menghindar perasaan was-was sehingga perkara ini merumitkannya. Jika ia merasakan ada sedikit basah di kemaluan, hendaklah ia menganggap itu sisa dari air yang kita gunakan untuk beristinjak.
14.Bersihkan tempat qada’ hajat
Setelah selesai qada hajat’ dan bersuci, bersihkan tempat tersebut daripada najis kita. Sekiranya kita menggunakan tandas yang moden, tariklah tali pengepam tandas (flush toilet). Kemudian, jiruslah dengan air ke kawasan sekitarnya. Selain cara ini dapat mengekalkan kebersihan tandas, ia secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Manakala, sekiranya kita qada’ hajat di dalam lubang, kambus semula lubang tersebut.
15.Keluar tandas dengan kaki kanan & membaca doa
Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah:
Doa keluar tandas
Doa keluar tandas
Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Mrs Velentine
AUTHOR
February 14, 2013 at 1:21 PM delete

baru tau..tq selim..tp gambar dua budak tue geli lah..

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
February 15, 2013 at 2:34 AM delete

nad selalu baca doa mausk tnds tu..hehe..tapi kdg2 terckp sebb de org pgil..haha

Reply
avatar
seribupilihan
AUTHOR
February 16, 2013 at 12:28 AM delete

nice sharing..lebih baik qada hajat kat tempat yg telah disediakan..lebih selamat dan dpt mengelakkan dr aktiviti mengintai..:)

Reply
avatar
Zam
AUTHOR
February 17, 2013 at 6:58 AM delete

Suka baca bab hadis tu.. NiCE sharing :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 21, 2013 at 3:20 PM delete

anak2 KA sedari kecil dah belajar ini semua !

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 25, 2013 at 11:53 PM delete

yg jawab telefon tu rasanya biasa berlaku zaman sekarang ni...hehe...nice info bro...:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon