Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
9 comments
Write commentsAJ tak teringin lagi nak rasa lauk belangkas ni...
Replysedap ke?
Replyada isi ke belangkas ni? xpernah mkn lg and rsnya xpernah tgk sape2 mkn
Replynad x penh mkn pun..
Replytak sanggup mia..
Replyorg cakap kalau nak makan kena pandai bersihkan sebab dia beracun
ReplyZam slu jumpa belangkas & menu dr nya d Srwk.. tp xpnh mkn pun.. hehe
Replytq, selama ni ada juga perasaan was2
Replyseribupilihan tak pernah makan juga belangkas nie..camne rasa dia ya..baru tau hukum nie..:)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon