Kenapa Anjing Najis?

kenapaanjingnajis


Baiklah, barangkali kita akan menemui di tempat-tempat kita , ada segolongan manusia yang selalu berkiblat ke barat, menganggap bahawa orang barat, menganggap bahawa orang barat itu mempunyai tabiat yang lembut , di samping perikemanusiaan yang tinggi .Seringkali mempunyai sifat belas kasihan ke atas setiap binatang yang hidup , lalu mereka mengingkari sikap islam yang menyuruh berhati-hati terhadap binatang yang dianggap manis,jinak dan dipercayai ini (anjing). 



Maka kepada orang yang semacam inilah ditujukan ilmiah yang bernilai ini. Seorang profesor spesialis Jerman di dalam sebuah majalah majalah Jerman. Di mana di dalam majalah itu dengan jelas bahaya menyimpan anjing di dalam rumah, atau mendekat diri kepadanya, katanya :

"Sesungguhnya adanya tambahan bilangan manusia yang gemar menyimpan anjing-anjing ini menarik perhatian kita untuk mengingatkan pendapat umum kepada bahaya-bahaya yang timbul daripada anjing ini. 


Khususnya permasalahan anjing ini bukan terbatas pada pemeliharaannya semata-mata malah batasnya melewati sehingga suka bermain-main dengan anjing itu, menciumnya dan membenarkannya menjilat tangan dan kaki anak-anak kecil dan orang dewasa. Bahkan kerapkali ada yang sampai membiarkannya menjilat lebihan makanan yang ada di dalam makanan dan minuman manusia.

"Meskipun semua hal-hal yang disebutkan itu dikira sebagai jijik dan buruk dalam pandangan mata manusia dan tidak diterima oleh tertib hidup yang baik,di samping ianya bertentangan dengan kaedah-kaedah kesihatan dan kebersihan. Namun, kita masih menutup sebelah mata terhadap soal kesihatan dan kebersihan ini. 

Adapun dari segi pandangan kedoktoran , yakni yang sangat kami pandang penting sekali dalam perbahasan ini, bahawa bahaya-bahaya yang mengancam kesihatan manusia dan kehidupannya disebabkan pemeliharaan-pemeliharaan anjing-anjing itu dan bermain-main dengannya bukanlah suatu masalah yang boleh diremehkan. 

Sebab ramai manusia sudah membayar harga yang mahal disebabkan sudah ternyata pada anjing-anjing itu ada semacam kuman yang merbahaya yang dapat mencetuskan penyakit-penyakit kronik yang berpanjangan . 

Malah ramai orang yang menderita penyakit itu menemui ajalnya dari sebab menghidap penyakit itu. 

Kuman anjing ini adalah kuman yang mudah berjangkit, dan dinamakan kuman pita anjing yang kerap menjangkiti manusia dalam bentuk bisul. Demikian juga, boleh berjangkit pada binatang-binatang ternakan , khususnya babi. Akan tetapi kuman ini cukup subur sekali hidup pada badan anjing,anjing liar dan serigala. 

Jarang-jarang sekali menjangkiti kucing. Kuman ini berbeza sekali dengan kuman-kuman penyakit lain. Ini kerana kuman ini sangat halus dan hampir-hampir sukar hendak dilihat dengan mata kasar, kuman ini tidak terkenal sebelumnya melainkan sejak kebelakangan tahun-tahun ini. 

Seterusnya , Dr.Graard Pentsmer berkata: Perkembangan tumbuhnya kuman pita anjing ini mempunyai keanehan yang tersendiri dalam dunia haiwan.Dari satu telurnya saja boleh bertumbuh beberapa kepala kuman yang menjadi bisul. 

Demikian pula ia boleh melahirkan bermacam-macam bisul yang tidak sama dari telur-telur yang serupa , lalu kuman yang dijangkiti menjadi kuman-kuman pita yang matang dan cukup subur dalam usus anjing. Kesannya pada tubuh manusia dan binatang-binatang lain tidak sama, selain menimbulkan bisul-bisul dan nanah yang baru. Berlainan sekali seperti yang sudah dikenal pada tubuh anjing. 

Jangkitan kuman ini pada binatang-binatang ternakan tidak sampai membesar hingga lebih dari bentuk apel . Walaupun begitu, kerap diperhatikan bahawa berat timbangan hati boleh bertambah secara berlebih-lebihan sampai dari lima ke sepuluh kali ganda dari timbangannya yang biasa. Kalau pada tubuh manusia maka boleh sampai ke bentuk gengaman tangan atau sampai besarnya kepala kanak-kanak kecil yang dipenuhi oleh cairan kuning yang sampai beratnya 10 hingga 20 paun. 

Kuman ini yang selalunya menjakiti manusia pada hatinya, dan ia dapat kelihatan di situ dalam bebagai rupa. Selalunya berpindah pula ke paru-paru,limpa,buah pinggang,anggota-anggota lain dan ke bulatan tengkorak, dan secara terus-menerus berubah bentuk dan keadaannya sampai satu tahap baru dapat dikesan dengan tepat.

Walaupun bagaimana pun, keadaan kuman ini dan dimana jua ia terdapat ia tetap merupakan ancaman yang bahaya kepada kesihatan dan kehidupan orang yang dijangkiti. Lebih menyukarkan lagi , tiada tanda-tanda dikesan untuk mengenalpasti hidupnya kuman ini. Padahal sudah banyak usaha dibuat untuk mencari penawarnya, namun semuanya gagal. Hanya kekadang kuman ini mati dengan sendirinya. Mungkin disebabkan , adanya bahan-bahan dalam tubuh itu yang membinasakan kuman-kuman itu. 

Barangkali sebaik-baik jalan untuk membenteras wabak ini, ialah kita dengan cara mengurung kuman pada anjing, dan menghalangnya daripada merebak ke tempat lain. Tetapi itu hanya sia-sia belaka sebab kita pada hakikatnya tidak mampu untuk mencegah orang dari memelihara anjing. 

Lantaran itu, hendaklah jangan lalai dari mengubati penyakit anjing ini dengan cara melenyapkan kuman-kuman pita yang menduduki tubuhnya dan membuat pemeriksaan pada anjing secara berkala terutama anjimh pengembala ternakan dan anjing penjaga rumah. 

Adapun sesudah dari itu, maka sekarang tahulah anda mengapa Nabi Muhammad saw melarang kita untuk duduk bergaul dengan anjing-anjing dan beliau mengingatkan kita dari hal jilatan anjing pada tempat makanan dan minuman dan melarang kita menyimpan anjing tanpa perlu. 

Bagaimana Nabi kita seorang yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis dengan pendapat yang mengatasi ilmu moden dan ilmu kedoktoran yang terakhir! Kita tidak dapat mengatakan apa-apa dalam hal ini, selain mengulang apa yang difirman oleh Allah swt di dalam al-Quran : 


surahannajmayat3
surahannajmayat4

Maksudnya :"Tiadalah dia (Muhammad) mengatakan sesuatu dari hawa nafsunya sendiri . Dia itu ialah kata-kata yang diwahyukan Allah kepadanya ." 
(Surah an najm ayat 3-4)

Petikan : 

Buku "Halal dan Haram Dalam Islam" 
Halaman 194-199
Dr.Yusuf Al-Qardhawi
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
January 25, 2013 at 11:41 AM delete

Yang mana haram tu mmg terbukti ada penerangannya kan..thanks for sharing this info..dah lama nak tau kenapa anjing tu haram ^^

Reply
avatar
seribupilihan
AUTHOR
February 1, 2013 at 8:20 PM delete

allah mengharamkan anjing dan babi tu sebab ada hikmah disebaliknya..ternyata banyak penyakit dan kuman dr kedua2 binatang nie..kita sepatutnya peka dgn perkara ini..larangan dan suruhan allah itu jelas sekali..:-)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 29, 2013 at 6:33 AM delete

Sebab Anjing Najis yang pertama dan utama adalah karena RosulAllah SAW mengatakan demikian. Sedangkan yg di sampaikan di atas merupakan hikmahnya saja.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon