Hukum Menggunakan Pinggan Mangkuk Emas?

hukumpingganemas

Sebab itulah , maka islam telah mengharamkan penggunaan bejana emas dan perak ,tempat tidur yang dibuat daripada sutera di dalam rumah seorang muslim. Nabi saw juga mengancam sesiapa yang melanggar larangan keras ini, Muslim telah meriwayatkan di dalam Shahihnya daripada Ummi Salamah ra berkata:

"Sesungguhnya orang yang makan dan minum bejana emas dan perak maka akan menggerodak di dalam perutnya api neraka jahanam."
(Riwayat Muslim)

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Huzaifah , katanya :
"Rasullulah saw telah melarang kita meminum dalam bejana emas dan perak , atau memakai kain sutera tipis serta tebal, ataupun kita duduk di atasnya . Beliau berkata: "Kain itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kita di akhirat."
(Riwayat Bukhari)

1- Apa yang diharamkan pemakaiannya , maka haram pula untuk dijadikan perhiasan untuk menghias rumah. Pengharaman ini adalah ditujukan samada kepada lelaki dan wanita. Hikmah pengharaman ini adalah untuk membersihkan rumah itu sendiri daripada segala kemewahan yang terkutuk. Alangkah tepat  sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah dalam permasalahan ini. Alasan pengharaman ini juga adalah untuk menghindari pemborosan dan sombong , yang mana dapat mengundang cemburu dihati kaum kafir miskin.

Kaum wanita dibolehkan memakai perhiasan emas dan perak hanyalah kerana keperluan untuk menghias diri dan menampakkan dirinya cantik dimata para suami mereka sahaja, bukan berhias untuk orang lain .


2- Kalaulah ada yang bertanya kenapa tidak diharamkan batu Yaqut dan yang seumpamanya, padahal harga batu-batu itu adalah lebih mahal daripada emas dan perak?

Jawapannya, batu-batu Yakut yang mahal itu dan seumpamanya ,itu tidak dikenali oleh kaum kafir miskin, kerana itu hati mereka tidak cemburu apabila melihat orang kaya memakainya meskipun sesudah mereka mengenalinya. Selain itu, batu Yakut itu jarang-jarang kedapatannya sehingga tidak ramai orang yang memakainya, berbeza emas dan perak.

4- Tetapi jika ditinjau dari segi ekonomi , seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, yakni emas dan perak adalah jaminan kewangan antarabangsa bagi matawang yang dijadikan Allah sebagai ukuran bagi harta negara dan penentu yang mengadili di antara mereka serta mempermudahkan pertukaran matawang. Allah swt telah menunjukkan manusia dalam penggunaannya sebagai satu nikmat daripadaNya bukan memendamkannya di rumah sebagai mata wang yang disorok ataupun dihabiskan dalam rupa bentuk bejana dan alat-alat untuk perhiasan diri.

Sesungguhnya Imam Ghazali dalam kitabnya 'kesyukuran'dari kitab agung Ihya Ulumiddin bunyinya : "Sesiapa yang membelanjakan wang dirham dan dinarnya kepada mengumpul bejana dan pinggan mangkuk dari emas dan perak, maka dia sebenarnya telah mengkufuri nikmat Allah swt dan dia dianggap lebi buruk daripada orang yang menyimpan wang untuk tujuan menyoroknya.

5- Sebab-sebab pengharamannya juga ialah kerana bahan-bahan tanah bakar,besi,timah dan tembaga boleh menggantikan tempat emas dan perak. Ini kerana juga bahan ini seperti tanah bakar,besi,timah dan tembaga tidak cukup untuk dijadikan matawang yang diperlukan oleh manusia!

Janganlah sampai ada seseorang Muslim itu menyangka, bahawa pengharaman ini adalah untuk menyempitkan ke atas orang Muslim dalam hal rumahtangga, ini kerana barangan yang baik dan halal banyak lagi. Alangkah canggihnya bejana-bejana yang diperbuat daripada kaca,tanah bakar,timah dan logam-logam baru yang lain. Alangkah eloknya kain spray,alas tilam yang diperbuat daripada kain cotton dan kekabu dan sebagainya , yang semua itu baik dan bagus sekali.

Petikan :
Buku "Halal dan Haram Dalam Islam"
Halaman 156-159
Dr.Yusuf Al-Qardhawi
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon