Maksudnya : "Ya Allah, Tuhan kami ! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian , dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) ; dan kurniakanlah rezeki kepada kami ; kerana Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rezeki."
(Surah Al-Maidah : 114)
Fadhilat Ayat :
Doa di atas merupakan doa Nabi Isa as ketika ditentang oleh kaumnya yang menginginkan bukti atas kemukjizatan yang dimiliki oleh seorang rasul. Bagi setiap muslim yang mengharapkan limpahan rezeki daripada Allah swt, sudah tentu memperbanyakkan membaca doa ini dalam setiap kesempatan lebih-lebih lagi di baca ketika selesai solat 5 waktu. Kisah Nabi Isa as tersebut dapat dilihat dalam al-Quran surah al-Maaidah ayat 111-115 .
Petikan :
Buku " Ubat,Doa & Penyembuhan serta khasiat surah-surah al-Quran"
Al Fadhil Ustaz Sharhan Safie