Hukum Menyertai Who Wants To Be A Milionaire?


Soalan : 


Assalammualaikum Ustad , saya ingin membuat pertanyaan , apakah hukum seseorang muslim itu menyertai game show di TV seperti "money drop" atau "who wants to be a milionaire? 



Jawapan 


1- Kuiz Ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi : 



a) Dari Mana Sumber Hadiah 
Jika diambil dari para peserta yang memohon masuk  . (seperti bayaran yang dikenakan ke atas permohonan masuk dan bayaran itu dikumpulkan menjadi hadiah untuk peserta yang berjaya masuk dan menjawab soalan yang dikemukan) maka itu tergolong dalam perjudian yang diharamkan syariat . Jika hadiah datang dari pihak lain (penaja) , ia tidak menjadi perjudian dan halal bagi peserta yang berjaya dengan syarat syarikat penaja itu menjalankan aktiviti perniagaan yang halal. Jika hadiah ditawarkan olej syarikat arak, perjudian atau seumpamanya . Haram seorang muslim menyertai kerana jika membawanya menerima wang dari sumber yang haram secara nyata di samping terlibat mempromosikan perkara haram di sisi syariat. 

b) Soalan Yang Ditanya .
Hendaklah soalan-soalan yang ditanya adalah soalan-soalan yang bermanfaat dan tidak mempromosikan dosa,maksiat dan mungkar. Dalam akad Ju'alah (tawaran hadiah @saguhati yang diikat dengan suatu kerja atau peranan) yang menjadi tukaran kepada hadiah itu hendaklah halal mengikut mengikut pandangan syariat. Oleh kerana hadiah yang ditawarkan merupakan imbalan kepada jawapan bagi soalan yang ditanya. Jika jawapannya adalah berupa maksiat, hadiah itu menjadi imbala kepada perkara maksiat, maka tidak harus hadiah tersebut kerana ia menjadi imbalan kepada perkara haram disisi syariat. 

d) Suasana program itu sendiri hendaklah menetapi syariat islam ; tiada percampuran lelaki dan wanita, tidak bercampur perkara maksiat dan mungkar dan tidak bertujuan mempromosikan perkara yang haram kerana seorang muslim tidak harus berada dalam majlis yang dimurkai Allah. 

2- Khusus bagi Program "Who Wants To Be A Milionaire" telah terbit fatwa dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkan antaranya : 

a) Syeikh Dr.Nash Farid Wasil (Mufti Mesir) 
b) Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi 
c) Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Mufti Arab Saudi) (www.islamqa.com) fatwa no.21078) .
d) Syeikh Dr.'Alauddin Za'tari (dalam buku Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muqaran,hlm.345)
e) Syeikh Abdus-Somad Balhaji (dalam bukunya Ahkam al-Musabaqaat,hlm.225;tesis MA bawah seliaan Syeikh Dr.Muhammad Khair Haikal)
f) Majlis Fatwa Ulamak-Ulamak Halab,Syria (laman rasminya ;http://eftaa-aleppo.com , fatwa no.495) 

Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya. 

Walallahu a'lam.......

Kredit : Sumber  

Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Mrs Velentine
AUTHOR
December 28, 2012 at 4:04 PM delete

tak terfikir pula pasal ni..

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
December 28, 2012 at 5:25 PM delete

oo baru paham....sbb selama nie mcm keliru byk sgt org bg pendapat ttg tu.. Tq sharing :D

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
December 29, 2012 at 2:10 PM delete

Setakat ni tak ada perasaaan lagi nak masuk program ni. hehe..

New: Contest: Get RM100 Topup!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 1:19 AM delete

salam...good entry..ada kalanya lebih baik kita jauhi perkara2 yg kita sndiri samar tntang hukum dlm islam..

Reply
avatar
Salmi
AUTHOR
December 30, 2012 at 11:59 AM delete

Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Banyak yg perlu diselidiki sebelum boleh menyertai sesuatu progaram.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 30, 2012 at 7:18 PM delete

salam..nice entry..sangat berguna bg sesiapa yg tertanya2 sebelum ni..:)..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon