Anak 8 Tahun Masih Tidur Bersama Ibu Bapa?

anakyangmasihtidur

Soalan : 

Assalammualikum...

saya ingin bertanya kemusykilan tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu-bapa . Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu , saya tidak pasti kesahihannya. Terima kasih. 


Jawapan 

Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana dikhuatiri berlaku pendedahan aurat bapa-ibunya ketika tidur . 


Di dalam al-Quran , Allah berfirman (bermaksud); 

"Wahai orang-orang , hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari kerana kepanasan dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya . Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana" (Surah an-Nur ayat 58) . 

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu; 

1- Sebelum Subuh adalah masa kamu bangun tidur 
2- Selepas Solat Isyak ialah masa kamu tidur 
3- Waktu tenhagari ( ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum Solat Zohor . 

Sebab perintah tersebut ialah untuk mengelak dari terdedahnya aurat ibu bapa kepada anak-anak. Inilah yang kita fahami dari ungkapan Allah dalam ayat tersebut; Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu.

Berkata ulamak- antaranya Syeikh Tohar Ibnu 'Asyur-; "Adalah suatu yang jelek(memalukan) ibu bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (akan menjadi tabiat) dalam diri mereka . Wajib anak-anak diasuh supaya menjaga aurat sejak dari kecil (yakni memelihara diri dari mendedahkan aurat dan dari melihat aurat orang lain) agar ia akan menjadi tabiat pada diri mereka apabila mereka besar nanti." (Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir , surah an-Nur ayat 58) 

Jika pasti akan berlaku pendedahan aurat - seperti ibu dan bapa berniat berseronok atau berjimak pada malamnya, maka haramlah membenarkan anak yang telah mumayyiz untuk turut tidur dalam bilik bersama ayah dan ibunya. Suami dan isteri wajib memastikan mereka tidak dilihat oleh orang lain ketika sedang berjimak. 

Diharamkan berjimak dengan dilihat orang lain termasuk anak kecil jika ia telah mumayyiz (sekalipun belum baligh). Malah sebahagian ulamak (antaranya jumhur ulamak mazhab maliki melarang berjimak dengan dilihat oleh anak belum mumayyiz kerana mengambil contoh dari sahabat Nabi Muhammad saw bernama Ibnu Umar ra yang memerintahkan anaknya yang masih di dalam buaian supaya di bawa keluar dari bilik sebelum ia berjimak dengan isterinya (kerana malu dengan anak itu) . Menurut jumhur ulamak, perbuatan Ibnu Umar ra itu tidaklah wajib kerana ia sukar dan sulit diamalkan, tetapi jika diamalkan adalah baik. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah,3/178) 

Berkata Syeikh Ibnu al-'Uthaimin (salah seorang ulamak besar Arab Saudi) ; "Pandangan yang shohih dalam masalah ini ialah diharamkan bersetubuh di hadapan orang lain, kecuali jika yang ada di hadapan itu adalah anak kecil yang belum mengerti dan belum dapat mengambarkan apa yang berlaku di depannya, tidak harus melakukan melakukan persetubuhan di hadapannya sekalipun ia masih kecil kerana anak kecil sebegitu kekadang ia bercakap menceritakan kepada orang lain apa yang dilihatnya tanpa ia maksudkan. Anak kecil yang masih dalam buaian sebagai contohnya , jika usianya baru beberapa bulan, tidak mengapa berlaku persetubuhan di hadapannya kerana ia tidak mengerti perbuatan tersebut dan belum dapat mengambarkannya. 

Namun jika anak itu telah berusia 3 atau 4 tahun, tidak sepatutnya ibu-bapa melakukan persetubuhan di hadapannya kerana boleh berlaku pagi nanti ia menceritakan apa yang dilihatnya kepada orang lain. Oleh demikian , adalah dibenci ibu bapa bersetubuh di hadapan anak kecil mereka sekalipun belum mumayyiz , jika ia sudah pandai mengambarkan dan memahami apa yang dilihatnya" (Dinaqalkan dari Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid) . 

Rujukan ; 

1- az-Zawaj,Dr.Muhammad Ibrahim al-Hafnawi,hlm.279
2- al-Muqtataf Min'Uyun at-Tafasir,surah an-Nisa' ayat 19
3- Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (www.islamqa.com),no 104246.
4- al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah,3/178

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
December 26, 2012 at 3:45 PM delete

ANAK2 BUI 6 DAN 7 TAHUN TP MASIH TIDUR DGN BUI DAN HUBBY..DAH DISEDIAKAN BILIK SENDIRI TP TAKUT KATANYA..HUHU

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
December 26, 2012 at 4:12 PM delete

Trima ksh d atas perkongsian ini..

Reply
avatar
lelamaisara
AUTHOR
December 27, 2012 at 12:24 PM delete

good n3...thanks kogsikan ni...

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:28 PM delete

Seeloknya ada bilik lain :)

Reply
avatar
mr.pingu
AUTHOR
March 16, 2013 at 6:05 PM delete

betul2 ibu bapa perlu jaga tatasusila depan anak2 kecil

Reply
avatar
Roshaliza
AUTHOR
September 3, 2013 at 1:36 PM delete

Salam. Terima kasih atas perkongsian. sangat berguna!

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon