Keterangan dan Petua Beramal
Daripada Abu Abdillah bin Abd.Rahman bahawa apabila Nabi Yunus as bermunajat dengan doa di atas, ketika berada di dalam perut ikan, suaranya sampai ke Arasy Allah. Malakat memberitahu Allah swt tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing. Lalu Allah swt bertanya kepada para malaikat yang bermaksud: "Tahukah kamu suara siapakah itu?" Malaikat berkata,"Tidak , Ya Allah." Allah swt memberitahu : "Itulah suara Yunus hamba-Ku ."
Malaikat berkata:"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan." Allah menjawab yang bermaksud:"Sudah tentu." Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus as dari perutnya.
Menurut sebuah hadis sahih riwayat al-Tirmizi, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekalipun, melainkan Allah akan memperkenankannya."
Petikan :
Buku "Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir dan Doa"
Halaman 26-27
Ustad Zahazan Mohamed
3 comments
Write commentsdoa ni mmg amat diperlukan
ReplyTENGOK TAJUK TU TERUS RS TAKUT..NAUZUBILLAH..
ReplyTak sangka rupa2nya doa ni bleh diamalkan dlm pelbagai situasi yek..Tq for sharing..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon