Gabenor Madinah tertarik hati mendengarnya lalu datang kepada Imam Malik yang ketika itu sedang membacakan hadis . Imam Malik terus membaca hadis itu tanpa menghiraukan kedatangan gabenor . Orang ramai bimbang sekiranya menimbulkan kemarahan penguasa Madinah itu.
"Mengapa kamu tidak menghiraukan kedatangan saya?"tanya gabenor selepas selesai Imam Malik membaca hadis.
"Tuan gabenor , ketika tuan datang tadi saya sedang membaca sebuah hadis. Saya bimbang mendapat kemarahan tuannya,"jawab Imam Malik sambil menunjuk ke arah makam Rasullulah saw.
Mendengar jawapan itu gabenor tidak jadi marah. Bahkan dia mahu menguji anak muda itu lalu bertanya beberapa soalan, "Berapakah umur kamu?" tanya gabenor.
"Tujuh belas tahun,"jawab Imam Malik.
"Umur kamu masih muda . Tidakkah kamu berasa malu mengajar mereka yang lebih tua umurnya daripada kamu?"tanya gabenor lagi.
"Tuan gabenor , saya sudah mendapat keizinan daripada 70 orang guru saya bagi mengajar hadis,"jawab Imam Malik.
"Mengapa kamu memilih tempatnya berhampiran dengan makam Rasullulah saw ? Apakah tujuan kamu mahu menarik perhatian orang ramai yang datang menziarahi makam Rasullulah saw?"tanya gabenor lagi.
"Saya memilih tempat ini kerana disinilah Rasullulah saw mengajar ilmu kepada para pengikutnya. Tempat ini juga sering digunakan Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab apabila mengadakan majlis ilmu. Saya mahu mengambil keberkatan daripada mereka,"jawab Imam Malik.
Gabenor Madinah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu membenarkan Imam Malik membuka kelas pengajian disitu. Sejak itu semakin ramai yang hadir dalam majlis ilmu Imam Malik. Mereka kagum dengan kebolehan anak muda itu.
"Saya bersabar menahan kesakitan kerana menghormati hadis Rasullulah saw yang sedang dibacakan,"jawab Imam Malik.
Petikan :
Buku "Kisah 4 Imam Mazhab"

Imam Malik sangat menghormati hadis Rasullulah saw . Setiap kali mahu mengajar ilmu hadis beliau berpakian kemas dan cantik. Apabila membacakan sebuah hadis beliau membacanya dengan rasa hormat dan tawaduk. Mereka yang mendengarnya juga menundukkan kepala serta mendengarnya dengan penuh khusyuk. Pada suatu hari sedang Imam Malik membacakan sebuah hadis , tiba-tiba muncul seekor lipan lalu menggigitnya. Beliau terus membacakan hadis itu tanpa menghiraukan kesakitannya.
"Mengapa tuan berbuat demikian?"tanya salah seorang muridnya."Saya bersabar menahan kesakitan kerana menghormati hadis Rasullulah saw yang sedang dibacakan,"jawab Imam Malik.
Petikan :
Buku "Kisah 4 Imam Mazhab"
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon