BAGAIMANA CARA IMAM MALIKI MENGHORMATI HADIS RASULLULAH SAW?

makanankesukaanimammaliki

Walaupun Imam Malik tidak suka hidup bermewah ,namun beliau menjaga makan,minum serta keperluan pakaian diri dan keluarganya. Beliau suka memakai pakaian yang bermutu yang datang dari Aden,Khurusan dan Mesir. Beliau juga suka memakai bau-bauan yang bagus. 


Apabila ditanya beliau menjawab,"Nikmat yang dikurniakan Tuhan itu perlu dipamerkan dalam kehidupan kita." 

Beliau pernah menegur mereka yang kaya tetapi memakai pakaian yang buruk dan koyak rabak serta sanggup kelihatan seperti orang miskin adalah bersifat kedekut.  


"Apabila menghadiri majlis ilmu kita perlu memakai pakaian yang cantik dan bersih sebagai penghormatan kepada hadis Rasullulah saw,"nasihat Imam Malik kepada anak-anak muridnya. 


Sekiranya ada diantara yang mengadu tidak mampu membeli pakaian baru kerana miskin , Imam Malik dengan murah hati menggunakan duitnya sendiri bagi membelikan mereka baju baru. 

"Tuan sentiasa berpakaian cantik apabila menghadiri majlis ilmu. Bagaimana pula keadaan tuan apabila berada dirumah?"tanya salah seorang anak muridnya. 

"Dirumah saya memakai pakaian biasa sahaja . Tetapi apabila ada tetamu yang datang mahu bertanyakan mengenai hadis Rasullulah saw, saya akan mandi dan berpakaian cantik sebelum menemui mereka. Sekiranya tetamu datang sekadar berkunjung atau bertanya ilmu fikah, saya keluar mendapatkannya dengan berpakaian apa yang sedang saya pakai,"jawab Imam Malik. Beliau lakukan itu kerana rasa hormatnya kepada hadis Rasullulah saw. 


Beliau sering berkata, sesiapa yang dikurniakan nikmat perlu menampakkan nikmat Allah itu ke atas dirinya.  

"Bagaimana pula dengan makanan tuan?"tanya anak muridnya lagi. 

"Saya paling suka memakan daging. Buah yang paling saya suka adalah pisang,"jawab Imam Malik .

Petikan : 
Buku"Kisah 4 Imam Mazhab"
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 25, 2012 at 12:15 PM delete

gd sharing

Reply
avatar
June 4, 2014 at 3:28 PM delete

alhamdulilah,t.kaseh berkongsi info

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon