TIPS RASULLULAH SAW MEMILIH ISTERI......


Apa jua yang ingin kita lakukan, pasti ada panduannya. Demikian halnya baqi memilih pasangan hidup. Junjungan besar Rasulullah S.A.W telah meninggalkan pelbagai wasiat hebat sebagai panduan kepada kita sebagai umatNya. Salah satunya termasuklah panduan bagi kaum lelaki untuk memilih calon isteri. Antara saranan atau panduan tersebut ialah:


1-Asal-usul


Wanita yang dipilih itu mestilah diselidiki dahulu asal-usulnya. Ini kerana akhlak wanita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh lingkungan tempat dia dibesarkan dan diasuhkan. Itulah sebabnya disunatkan memilih wanita yang dibesarkan dalam lingkungan agama kerana sedikit sebanyak akan mengalir akhlak yang baik dalam dirinya.


2-Yang beragama


Sabda Rasulullah S.A.W “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Syarat yang paling penting memilih isteri ialah yang beragama. Dengan kata lain, yang beriman dan mengamalkan syariat Islam. Setelah ada syarat itu, barulah difikirkan yang lain. Wanita yang beriman, walaupun dia kaya dan cantik nescaya dia tetap merendahkan diri pada suaminya.


3-Kecantikan & harta, kedua


Jangan hanya terpikat dengan kecantikan, harta dan pangkat serta keturunan semata-mata kerana wanita sebegini sekiranya tidak dipupuk dengan pembinaan agama dan keturunan yang baik, akan menimbulkan masalah di kemudian hari. “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu boleh mencelakakannya. Dan jangan kamu mengahwini wanita itu kerana hartanya, kerana harta itu boleh menyombongkannya. Akan tetapi kahwini wanita itu kerana agamanya, sesungguhnya hamba sahaya yang hitam warna kulitnya dan cupingnya berlubang besar tetapi beragama, itu lebih utama.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).


4-Mampu melahirkan zuriat


Pilihlah wanita yang dapat melahirkan zuriat dan penyayang. Untuk melihat wanita yang mampu melahirkan zuriat, boleh dilihat pada keturunannya.


5-Elak saudara terdekat


Pilihlah perempuan dari keluarga yang jauh agar dapat menambahkan kemesraan, kebahagiaan keluarga, kekuatan keturunan dan kecerdasan anak-anak. Rasulullah SAW. bersabda: “Jangan kau kahwini keluarga yang dekat kerana anak-anaknya akan lahir lemah (lembap akal dan fizikal)”.


6-Utamakan anak dara berbanding janda


Dalam memilih wanita, utamakan gadis. Islam menganjurkan supaya lelaki memilih calon isteri, harus mengutamakan gadis dari janda. Dalam hal ini, Rasulullah menjelaskan hikmah mengutamakan gadis berbanding janda dalam hadis: “Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan kerana sesungguhnya mereka itu lemah-lembut kata-katanya, boleh melahirkan anak yang ramai, kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
September 26, 2012 at 2:58 PM delete

Bagus cara Rasulullah ni...tapi zaman skang ni ramai plak pilih janda dr anak dara...selain tu, Sebab tu la kawin sesama sepupu pun tak digalakkan..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon