NABI SEDIH UMAT CUAI SOLAT......

nabisedihumatcuaisolat


Ketahuilah bahawa bencana dahsyat , perbuatan yang paling buruk , dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya. 



Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah swt meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang . Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuno langit dan bumi. 

Cuai kerana urusan dunia 

Rasullulah saw bersabda bermaksud : "Langit merintih dan memang patut merintih , kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajallah ." 
(Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah dan Ahmad ) .

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah swt bermaksudnya :"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman." (An-Nisa :103) . 

Abu Hurairah ra meriwayatkan : "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan . Sewaktu melalui pintu rumah Rasullulah saw , kami mendengar suara rintihan . Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap ;"Ah..andaikan saja aku dapat terus hidup untuk melihat apa diperbuat oleh umatku terhadap solat . Ah...aku sungguh menyesali umatku ." 

Rasullulah saw menangis 

"Wahai Abu Hurairah , mari kita ketuk ketuk pintu ini,"kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. "Siapa?" tanya Aishah . "Aku bersama Abu Hurairah ". Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya . Setelah masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk , kami lihat Rasullulah saw sedang bersujud dan menangis sedih , beliau berkata dalam sujudnya:"Wahai tuhanku , Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifatMu dan jangan perlakukan mereka sesuai dengan perbuatan mereka." 

"Ya Rasullulah saw , ayah dan ibuku menjadi tebusanmu . Apa gerangan yang terjadi , mengapa engkau tergitu sedih ?" 
" Wahai Umar , dalam perjalanan ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jabrail mendatangiku dan berkata : "Wahai Muhammad , Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu , kemudian ia berkata , "bacalah "Apa yang harus kubaca?" " Bacalah firman Allah yang bermaksud "Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan." (Maryam:59) 

"Wahai Jibrail , apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?" "Benar, wahai Muhammad , kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat ( hingga keluar dari waktunya ) , dan menurutkan hawa nafsu . Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat." (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar) .

Abu Darda:" berkata : "Hamba Allah yang terbaik adalah yang memerhatikan matahari,bulan dan awan untuk  berzikir kepada Allah , yakni untuk mengerjakan solat . " Diriwayatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat .Jika solat seseorang cacat , maka semua amalnya akan ditolak . 

Perintah Ahli Keluarga Solat

Rasullulah saw bersabda bermaksud :"Wahai Abu Hurairah , perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga." 

"Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja , maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda') 

Sabda Rasullulah saw lagi bermaksud :"Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat , maka Allah sama sekali tidak akan memperdulikannya." ( Riwayat Tabarani) . 

Sumber : Berita Harian 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Cik Puan
AUTHOR
September 25, 2012 at 4:53 PM delete

entry ini betul2 memberikan keinsafan untuk diri saya.

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
September 25, 2012 at 5:37 PM delete

Sedihnya sebab Nabi sedih ngan umatnya cam M ni...

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
September 26, 2012 at 3:05 AM delete

semoga kita n ahli keluarga kita mnjaga solat.huh takot membacenye.kita lah umat akhir zaman.

sorry ye cendol lame tak mnjengah sini.harap sihat2 n ceria disamping keluarga :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon