Antara yang membuktikan Rasullulah saw meraikan psikologi kanak-kanak ialah baginda pernah mendukung cucunya ketika sedang menunaikan solat. Perkara ini dapat dilihat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
"Sesungguhnya Rasullulah saw menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah saw dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun , baginda mendukungnya semula . "{Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari, bab Iza Hamila Jariyatan Saghiratan Ala Unuqihi Fi al-Solat, hadis nombor 486}
Hadis ini menunjukkkan keharusan seseorang membawa atau mendukung kanak-kanak lelaki maupun perempuan dan juga binatang yang suci di dalam solat, samada fardu atau sunat . Hukum berbuat demikian adalah harus , bukan sahaja kepada orang yang menunaikan solat secara sendirian, bahkan juga yang menjadi imam.
Inilah yang dipegang oleh al-Imam al-Syafie . Sebaliknya ulama mazhab maliki , hanya mengharuskan di dalam solat sunat sahaja dan menegah melakukannya di dalam solat fardu .
Mungkin ada yang bertanya , bukankah perbuatan mendukung anak ketika solat , menyebabkan banyak berlaku pergerakan dan pergerakan yang banyak membatalkan solat . Mungkin juga ada yang berkata , hadis di atas tidak membuktikan Rasullulah saw melakukannya secara kerap , sebaliknya hanya sekali sahaja sepanjang hayat baginda saw .
Untuk menjawab anggapan sebegini suka dinyatakan di dalam hadis di atas, tidak semestinya melibatkan pergerakan yang banyak dan berterusan , kerana melibatkan satu pergerakan dan meletakkannya satu pergerakan . Ini tidak bertentangan dengan pandangan majoriti ulama, yang berpendapat solat batal, jika berlaku pergerakan yang banyak lagi dan berturut-turut , kerana pergerakan yang berlaku ketika mendukung dan membawa kanak-kanak tidak banyak dan tidak berturut-turut .
Dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan , ia hanya khusus untuk nabi sahaja , tidak diterima kerana kemungkinan nabi saw mendukung Umamah , sebaik sahaja beliau selesai qadak hajat . Kebiasaannya kanak-kanak yang telah selesai qadak hajat , berada di dalam keadaaan suci untuk satu tempoh yang panjang .
Al-Imam al-Nawawi pernah mengulas isu ini . Antara lain beliau mengatakan :"mendukung atau membawa kanak-kanak di dalam solat , tidak bercanggah dengan kaedah syarak , kerana manusia adalah suci . Najis yang terdapat didalam perut adalah dimaafkan ,kerana berada di dalam perut . Pakaian kanak-kanak dan jasad mereka berada di dalam keadaan suci . Dalil-dalil syarak jelas membuktikan demikian. Pergerakan yang berlaku di dalam solat , tidak membatalkan solat, jika sedikit atau banyak tetapi terpisah-pisah. Perbuatan nabi saw di atas membuktikan keharusan mendukung anak di dalam solat .35
Hadis di atas membuktikan pada asalnya pakaian dan badan kanak-kanak adalah suci kecuali jika diyakini benar-benar membawa najis . Hadis ini menunjukan keharusan membawa najis dalam solat, kerana Umamah ketika itu berumur tiga tahun. Pada peringkat umur sebegini , selalunya kanak-kanak berada di dalam keadaan bersih dan tidak membawa najis , kerana pada kebiasaannya ahli keluarga tidak akan berani membawanya keluar melainkan setelah dipastikan benar-benar berada di dalam keadaan bersih. Ini dilihat kepada kanak-kanak perempuan orang-orang awam biasa , bagaimana pula dengan cucu Rasullulah saw sendiri, sudah tentu lagi bersih dan terjamin daripada membawa najis . 36
Dengan itu, secara automatik dapat difahami , jika diyakini kanak-kanak tersebut membawa najis pada badannya, tidak boleh mendukungnya ketika sedang menunaikan solat kerana termasuk ke dalam ertikata menanggung najis, yang membatalkan solat .
35-Al-Nawawi ,Syarah Sahih Muslim , jil.5 ,halaman 35
36-Ibd, halaman 193
Cara menggendong bayi dalam solat
1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.
Untuk Lebih Faham :
Sekian,,,
Terima kasih membaca....artikel ini .
Petikan :
Buku "Psikologi Rasullulah saw Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat " .
Halaman 44-47
Karangan Dr.Basri bin Ibrahim .
6 comments
Write commentsSesungguhnya Islam itu sangat mudah dan bertolak ansur kan...nice sharing..
Replypengkongsian yg menarik!
Replyada tak artikel mengenai solat ketika sakit, sebab ramai sekarang di masjid yang solat diatas kerusi.. saya confuse jugak boleh ke begitu
artikel pasal solat ketika sakit saya belum buat lagi, pasal solat di atas kerusi ini jawapan saya....
ReplyDi dalam solat ini ada 13 rukun solat, rukun solat ke-3 adalah berdiri bagi yang mampu...
Maksud berdiri bagi yang mampu...adalah jika kita sihat hendaklah solat dalam keadaan berdiri ...jika tidak mampu berdiri disebabkan keuzuran yang menyebabkan tidak boleh berdiri dibolehkan solat sambil duduk .Jika tidak mampu solat duduk, solat boleh dilakukan secara baring, samada mengiring atau menelentang. Jika tidak boleh baring hendaklah solat menggunakan isyarat kelopak mata, dan jika tidak mampu mengerakkan kelopak mata. Last sekali solat boleh dilakukan dengan isyarat hati...
rukun solat ke-3 ini tidak "kata" nak solat mesti kena berdiri... tetapi ayatnya ada ..."bagi yang mampu"...tapi kalu saja2 nak solat duduk tidak sah solat....
Walau apa pun sebenarnya, solat ini hendak atau tidak tidak boleh ditinggalkan..namun begitu, islam adalah bukan agama yang menyusahkan umatnya...jika tidak mampu Allah memberikan keringanan atau ruksah.. dalam beribadah kepada-Nya...
Yang susah... adalah umat-Nya yang tak mahu solat .. itu aje.
Assalamualaikum.
ReplySaya ada persoalan.
Bagaimana jika kanak-kanak itu memakai 'pampers' yg pastinya terdapat najis. Tidak batalkah solat jika mendukungnya pada waktu itu?
Terima kasih.
As salam..
ReplyApa maksud qadak hajat kt entry ni..lg stu adakah solat hya sah bla bayi yang dikendong da bersunat?
Assalammualaikum... pijan,
ReplyBatal solat jika mendukung kanak-kanak memakai pampers yang ada najis, kerana dikira menanggung najis di dalam solat .. sekian.
mselim3
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon