MUKZIJAT RASULLULLAH : KAMBING YANG KURUS MENGELUARKAN SUSU DENGAN BANYAK ...........



Umumnya , hanya kambing yang gemuk sahaja yang boleh mengeluarkan susu dengan banyaknya . Sedangkan kambing yang kurus , susah hendak mengeluarkan susunya dengan lancar. Tetapi , Rasullulah melakukan sesuatu yang ajaib sekali . Melakukan sesuatu yang menyalahi hukum haiwan, kerana ada seekor kambing yang kurus dan sakit yang telah lama , tiba-tiba diperah oleh Rasullulah , dan keluarlah air susu dengan banyak sekali, seperti kisah berikut ; 

Waktu itu Rasullulah saw dalam perjalanan hijrah . Beliau berpindah dari kota Mekah ke madinah. Di dalam perjalanan , beliau singgah di sebuah kampung yang bernama Qadid untuk beristirehat kerana telah melalui perjalanan yang lama . Sedangkan, tempat yang digunakan oleh beliau untuk istirehat adalah rumah salah seorang penduduk yang bernama Ummu Ma'bad . 

Jarak antara Mekah dan Madinah masih jauh. Untuk itu, diperlukan banyak bekalan bagi setiap orang yang hendak berhijrah , apalagi dari Mekah ke Madinah . Sementara itu, bekalan yang dibawa Rasullulah saw sudah tinggal sedikit sekali . 

Sewaktu tiba di kampung Qadid , bekalan Rasullulah saw sudah habis, sehingga beliau membengkokkan perjalanan ke sebuah khemah milik keluarga miskin . Seorang wanita yang berada di dalam khemah tersebut bernama Ummu Ma'bad . Wanita itu biasa melayani para kafilah yang dalam perjalanan atau para musafir yang kehabisan bekalan di dalam perjalanan . Disanalah Rasullulah singgah dengan maksud hendak membeli bekalan untuk perjalanan seterusnya . 

Namun,ternyata semua persediaan yang biasa disediakan oleh Ummu Ma'bad telah habis tanpa sisa . Tinggal  seekor kambing kurus yang sakit dan tidak mengeluarkan susu . Rasullulah saw meminta izin kepada Ummu Ma'bad untuk memerah susu kambing tersebut . 

Ummu Ma'bad menganggap permintaan Rasullulah saw itu aneh sekali . Sebab , jika susu itu boleh diperah tentu dalam waktu sebelumnya diperahnya terlebih dahulu . Ia melihat kesungguhan yang terpancar dari wajah Rasullulah saw. 

Ummu Ma'bad belum mengetahui bahawa tetamu yang berkunjung ke khemahnya itu adalah Rasullulah saw. Maka ia pun memerhatikan tingkah laku Rasullulah saw . Ia melihat Rasullulah mengusap-usap puting susu tersebut sambil menadah tangan ke langit. Tidak begitu lama terjadilah suatu keajaiban yang benar-benar luar biasa . Menurut pandangan Ummu Ma'bad kerana kambingnya kurus dan sakit itu kenapa boleh mengeluarkan susu dengan lancar dan banyak sekali . 

Ummu Ma'bad pun meminum susu tersebut dengan sepuas-puasnya . Kemudian, Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar juga meminum susu yang di dalam bekas itu yang sudah penuh seketika . Bekas itu kemudian ditinggalkan di khemah Ummu Ma'bad sebagai bukti bahawa kambing kurusnya kini boleh mengeluarkan susu segar dengan cepatnya . 

Ketika suaminya pulang ke rumah, ia sungguh terkejut sekali melihat perkara itu . Apalagi melihat suasana khemah yang lain dari biasanya . 

Suaminya merasa hairan melihat bekas yang penuh dengan susu segar . Padahal sebelum suami Ummu Ma'bad pergi , kambing itu tidak setitis pun mengeluarkan susunya . Kerana rasa hairan yang tidak tertahan, maka ia bertanya kepada Ummu Ma'bad isterinya," Dari mana kamu dapat susu ini isteriku?"Sedangkan , ketika aku pergi bekas itu dalam keadaan kosong?" 

"Tadi ada seorang lelaki yang sangat baik lalu dan menghampiri tempat kita ini,"jawab Ummu Ma'bad . Ummu Ma'bad pun menceritakan ciri-ciri, tingkahlaku dan apa yang dibuat Rasullulah saw selam berada dalam khemahnya . Ia juga menceritakan ketika beliau memerah susu kambing mereka yang kering tiba-tiba keluar susunya dengan cepat sekali . 

Mendengar kata Ummu Ma'bad itu, suaminya sangat gembira dan berkata," Ya Ummu Ma'bad , dia adalah keluarga dari bangsa Quraisy yang dihormati dan dimuliakan kerana budi pekertinya terkenal baik sekali. Dialah yang mendapat sebutan Al-Amin utusan Allah ." 

Betapa menyesalnya Ummu Ma'bad kerana tidak mengetahui siapa sebenarnya tetamu yang datang yang telah membuat mereka gembira . Lalu ia bersumpah :" Bila aku melihat dia lagi, tentu aku akan beriman kepadanya dan akan sentiasa mengikut jejaknya serta mendekati dia." 

Sementara itu, Rasullulah saw telah sampai di Madinah dengan selamat tanpa gangguan, tepat pada hari isnin, tanggal 12 Rabiul Awal . Masyarakat Madinah menyambut beliau dan Saidina Abu Bakar dengan segala hormat dan cinta mereka . 

Petikan : 
Himpunan Kisah Para Sufi 
Halaman 188- 191 
Muhamad Ibrahim Salim
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Cikrosecute
AUTHOR
September 21, 2012 at 3:47 PM delete

Betapa Allah Maha Berkuasa...Pernah baca story nie nice...

Reply
avatar
September 21, 2012 at 6:24 PM delete

menarik menyimak cerita nie...senyum potret kambingnya juga manis dan lucu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 22, 2012 at 10:51 AM delete

Rasulullah ba.hak makjizatnya. Perkara mustahil pun jadi tak mustahil.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon