HUKUM MEMBINA BINAAN DI ATAS KUBUR




Soalan : Ustaz, apa hukum membuat binaan di atas kubur? dan bagaimana pula dengan makam Nabi SAW?

Jawapan: Terima kasih di atas soalan yg baik. Hukum mebuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan larangan daripada Nabi SAW iaitu daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: “Rasulullah saw melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.” (Riwayat Muslim)

Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau: “Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, para ilmuan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang.
Imam Nawawi berkata: “al-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Aku telah melihat para imam Mekah memerintahkan untuk menghancurkan bangunan yang ada di atas kubur. Riwayat yang memperkuatkan tindakan tersebut adalah daripada sabda Nabi SAW, hendaklah kamu tidak membiarkan kuburan yang ada timbunan kecuali kamu ratakan.” (Syarah sahih Muslim)

Kredit : Sumber
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Cik Puan
AUTHOR
September 28, 2012 at 10:40 PM delete

Trima kasih dengan perkongsian ne..

Reply
avatar
September 29, 2012 at 5:25 PM delete

Maksudnya di sini, boleh tapi tak di galakkan la kan.

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
September 30, 2012 at 1:50 PM delete

Masa family my hubby nak buat kepok camni, Alhamdulillah M dapat tegah depa dari buat..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon