Cubaan kali 3 : Perancangan Raja-Raja Nasrani Dengan Komplot dari Nasrani Magribi. Telah terbukti bahawa salah satu sifat Maksum Rasululah saw sesudah wafatnya ialah bahawa jasad Rasululah saw sentiasa terpelihara di dalam kuburnya dengan izin Allah.
Disebut dalam kitab Wafa' al Wafa' oleh Sheikh Syamhudi bahawa sejak Rasullulah wafat , tiga percubaan telah dilakukan oleh seteru islam untuk mencuri jasad Rasulullah saw yang dimakamkan di Madinah.
Menurut riwayat yang mahysur, walaupun sudah wafat lebih 1,400 tahun namun jasad Rasullulah saw tidak hancur di dalam kuburnya. hakikat ini telah mendorong musuh islam untuk mencuba mencuri jasad baginda, dengan mendedahkan kepalsuan dakwaan itu. Tetapi ketika percubaan itu dilakukan, seorang Raja islam ketika itu telah mendapat mimpi berulang-ulang menerusi Rasullulah yang bersabda kepadanya;"Tolonglah selamatkan aku dari dua orang ini."
Dalam mimpi itu, Raja tersebut dilihatkan rupa dua orang yang dimaksudkan oleh Rasullulah itu. Lalu baginda pun pergi ke Madinah dan sesudah puas mencari, akhirnya dua orang beragama nasrani ditemui oleh baginda yang rupanya sama seperti rupa orang yang dilihatnya dalam mimpinya.
Kedua-dua orang itu diberkas dan dari mulut mereka terdedahlah komplot mereka untuk mencuri jasad Rasullulah itu.
Cerita ini diriwayatkan secara terperinci dalam kitab "Haqiqatul Azhar" oleh Syeikh Ahmad Al Fatai.
Menurut penulis kitab ini, komplot jahat untuk mencuri jasad Nabi saw telah diputuskan oleh sidang Raja-Raja Nasrani pada tahun 559 hijriyah ( serentak dan sebahagian dari sasaran Perang Salib oleh raja-raja Kristian untuk menawan Baitul Maqdis).
Mereka pun mengirim dua orang Nasrani yang menyamar sebagai orang islam dari Magribi untuk melaksanakan komplot jahat mereka.
Kedua-dua orang Nasrani berpura-pura sebagai orang salih yang tekun beribadat siang dan malam di sisi makam Nabi Muhammad saw dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Raja islam yang mendapat mimpi didatangi Rasullulah saw itu ialah Sultan Mahmud Nuruddin yang terkenal dengan adil dan salih. Baginda bermimpi didatangi oleh Rasullulah tiga kali malam berturut.
Nabi saw bersabda kepadanya:"Wahai Mahmud, lepaskan aku dari dua orang ini sambil menunjuk kepada dua orang lelaki yang kulitnya kemerahan.
Sesudah tiga kali mendapat mimpi demikian, Sultan Mahmud pun bermusyawarah dengan para wazirnya , dan memutuskan bahawa baginda harus pergi sendiri ke Madinah untuk melaksanakan permintaan Rasullulah saw itu.
Pada mulanya Sultan Mahmud tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mencari dua orang lelaki yang ditunjukkan oleh Rasullulah itu, tetapi sesudah sembahyang dua rakaat di Raudhah, baginda memutuskan untuk memberi hadiah kepada setiap penduduk madinah yang dipanggil mengadap baginda.
Setiap penduduk madinah yang datang menerima hadiahnya diperhatikan wajahnya oleh baginda, tetapi tiada seorang pun yang serupa dengan wajah dua orang lelaki yang dilihatnya dalam mimpinya itu.
Akhirnya baginda bertanya kepada penduduk Madinah jika mereka tahu siapa lagi yang belum datang untuk menerima hadiah dari baginda.
Orang-orang disitu pun memberitahu bahawa ada hanya dua orang pendatang dari Magribi yang belum datang menerima hadiah dari baginda , tetapi mereka adalah orang salih dan tekun beribadat di sisi makam Rasullulah dan mereka tidak mahu menerima pemberian dari sesiapa.
Bila kedua orang "Magribi" itu dibawa datang mengadap Sultan , baginda terkejut kerana wajah mereka serupa dengan wajah dua orang yang dilihatnya dalam mimpinya itu.
Pada mulanya mereka tidak mengaku melakukan apa-apa yang boleh memberi mudarat kepada Rasullulah saw, tetapi sesudah tempat kediaman mereka di Rubbat digeledah oleh para pegawai Sultan, ditemui segala peralatan yang digunakan dalam komplot mereka untuk mencuri jasad Rasullulah saw itu.
Dibawah lantai rumah mereka dijumpai sebuah lubang panjang yang telah digali seperti terowong di bawah tanah menuju ke Makam Rasullulah . Sesudah disoal , akhirnya mereka mengaku bahawa mereka telah dikirim oleh Raja-Raja Kristian untuk mencuri dan melarikan jasad Rasullulah saw dari makamnya.
Akhirnya kedua orang Nasrani itu pun dihukum bunuh . Akibat peristiwa inilah juga semua orang bukan islam diharamkan memasuki Makkah dan Madinah.
Inilah kisah yang masyur yang menjadi bukti bahawa Rasullulah saw tetap maksum (terpelihara) sesudah baginda wafat sehingga jasadnya sentiasa terkawal dari sebarang pengkhianatan musuh dengan izin Allah swt.
Percubaan mencuri jasad Rasullulah saw sebelum ini adalah seperti di bawah :
1-CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah
2-CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
3-PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI.
Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
4-SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH.
mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
5-PADA KURUN KE-9 HIJRAH40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.
Sumber :
2 comments
Write commentsterima kasih...alhamdulillah
ReplySo previous month I started to think for starting my own home business and to get any affiliate websites I just don't know if it is better to get one myself or get some already turnkey websites. I just visited website website affiliate and here was two reviews about them but I yet haven't made decision what to do. Are here some people who can give some thoughts for websites reviewed at this website?
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon