Masuk Islam Kerana Mengkaji Kulit Manusia



masukislamkeranakulit

Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh. Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).
Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:56)
Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak mahu menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.
english.islamway.com
Wallahu’alam….
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
August 29, 2012 at 12:13 PM delete

Alhamdulillah dia jadi insan yg dipilih Allah untuk terima hidayah dariNya...

Reply
avatar
August 29, 2012 at 1:44 PM delete

huhuh ;) kalamuallah takkan menipu ;) bukti dah ade di depan mata.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 29, 2012 at 2:41 PM delete

dr segmen tmbh follower.. follow sini

Reply
avatar
Asmar Arafad
AUTHOR
August 29, 2012 at 2:57 PM delete

Islam agama terbaikkk....
done follow u
http://asmarpunyablog.blogspot.com

Reply
avatar
Kancil 8349
AUTHOR
August 30, 2012 at 10:16 AM delete

Alhamdulillah...tu yang terbaik...kita bangga menjadi muslim

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon