Dari Rafi' bin al-Mu'la , berkata bahawa Rasullulah saw bersabda, maksudnya :"Mahukah aku beritahukan kepada engkau surah yang paling besar (kelebihan dan fadilatnya ) di dalam al-Quran , sebelum engkau keluar dari masjid ini? Lalu baginda memegang tanganku ( sambil berjalan untuk keluar dari masjid ) . Aku menjawab : Ya , anda berkata akan memberitahukan kepada aku surah yang paling besar dalam al-Quran?
Nabi Muhammad saw pun bersabda : surahnya ialah surah AL-FATIHAH yang mengandungi tujuh ayat yang diulang-ulang , dan al-Quran yang mulia yang diberikan kepadaku" -( Riwayat Imam Bukhari).
Dari Anas bahawa Rasullulah saw bersabda, ertinya :"Tidak diberi nikmat oleh Allah kepada seseorang itu, lalu ia mengucapkan Al-HAMDULILLAH melainkan Allah menerima kesyukurannya. Jika ia mengucap dua , Allah melipat-gandakan pahalanya. Jika ia mengucap tiga kali , Allah mengampuni segala dosanya" -(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Diriwayatkan Imam Ahmad , Muslim,Abu Daud, At-Tirmizi ,An-Nasaie dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah , katanya bahawa Rasullulah saw bersabda , maksudnya :" Surah al-Fatihah adalah ubat bagi segala penyakit."
Dari Saidina Ali katanya, bahawa Rasullulah saw bersabda maksudnya : "Mana-mana seseorang hamba yang tidak membaca surah al-Fatihah dan ayat Kursi di dalam rumahnya , maka pada hari itu (hari yang tidak dibacanya) ia akan mudah terkena musibah daripada kejahatan mata (penyakit 'ain) dari pandangan mata manusia dan jin"
Sumber :
Pengembaraan Rasullulah saw ke Alam Ghaib Halaman 115 karangan Jaafar Salleh
3 comments
Write commentsSalam Selim,
ReplySurat Al Fatihah memang banyak khasiatnya.
Terima kasih berkongsi ilmu.
terima kasih sudi berkongsi kelebihan surah al=fatihah..dapat tmbh pengetahuan dan yuk amal kan membaca bersama-sama..huhu :)
ReplyAlhamdulillah M sentiasa amalkan....
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon