Perbezaan Ilmu Dengan Harta

perbezaanilmudenganharta

Pernah disampaikan oleh Ali  r.a kepada 10 orang Khawarij yang bertanyakan beliau mengenainya tentang perbezaan ilmu dengan harta.

- Ilmu adalah warisan Nabi-Nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidad atau Firaun. 
- Orang yang berilmu banyak kawannya sedangkan orang yang berharta banyak musuhnya. 
- Jika berilmu diberikan kepada orang lain ia makin bertambah, tetapi harta diberikan kepada orang lain ia akan berkurang . 
- Orang yang berilmu disebut kariim (mulia) sedangkan orang berharta disebut bakhil. 
- Harta minta dijaga daripada dicuri sedangkan ilmu tidak perlu dijaga. 
- Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat. 
- Harta akan rosak dimakan zaman sedangkan ilmu tidak rosak. 
- Orang berharta mengaku tuhan kerana hartanya, sedangkan orang berilmu mengaku hamba kerana ilmunya. 
- Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan dan disampaikan. 

Menurut Imam Mahdawi , ilmu yang bermanfaat ialah : 

- Ilmu yang mengetahui hak-hak waktu. 
- Ilmu yang menjernihkan hati. 
- Ilmu yang membenci keduniaan. 
- Ilmu untuk mendekatkan dengan syurga. 
- Ilmu untuk menjauhi neraka. 
- Ilmu untuk meningkatkan rasa takut kepada Allah swt. 
- Imu untuk mengharapkan Allah swt. 
- Ilmu untuk mengetahui akibat-akibat uang ditimbulkan hawa nafsu.
- Ilmu untuk membersihkan hawa nafsu . 

Kemuliaan Penuntut Ilmu : 

- Diangkat darjatnya. 
- Dijamin rezekinya.
- Dimasukkan ke dalam syurga dengan mudah. 



Petikan : Cerita & Doa dari Hadis dan Al-Quran wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman , halaman 98

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
May 12, 2012 at 11:47 PM delete

Sebab tu la jgn stop mencari ilmu kerana ia tak pernah cukup untuk kita..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon