Dalam hadis Qudsi disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dibenci Allah SWT , iaitu :
3 GOLONGAN YANG PALING DICINTAI ALLAH SWT :
1- Allah SWT mencintai orang yang tawaduk tetapi Allah SWT sangat mencintai orang kaya yang tawaduk .2- Allah SWT mencintai orang yang pemurah tetapi Allah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah .
3- Allah SWT mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat menyintai orang muda yang bertaubat .
3 GOLONGAN YANG PALING DIBENCI ALLAH SWT :
1- Allah SWT membenci orang yang takbur , tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takbur.
2- Allah SWT membenci orang bakhil tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil .
3- Allah SWT membenci orang yang tidak mahu bertaubat tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat .
Sementara itu , Luqman ada berpesan kepada anaknya :
"Sepanjang hidupku , aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para Nabi untuk dijadikan pegangan hidup " iaitu :
1- Apabila engkau bersolat jagalah baik-baik fikiranmu.
2- Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain jagalah pandangan matamu .
3- Apabila engkau di dalam majlis, jagalah lidahmu .
4- Ingatlah kepada Allah swt sepanjang masa .
5- Ingatlah akan mati , iaitu bersedia hadapi maut.
6- Lupakan budi baik terhadap orang lain.
7- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu .
Petikan:
Cerita serta doa dari hadis dan al-quran ,
Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman
Halaman 105.
3 comments
Write commentsingin menjadi golongan yg dicintai Allah..insyaAllah :)
Replynice sharing...:)
ReplySemoga kita termasuk dalam golongan yg Allah kasihi.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon