SEJARAH ADZAN

sejarah-adzan

Adzan atau azzan adalah satu-satunya seruan sholat yang khusus bagi umat islam pengikut Nabi Muhammad SAW . Lafaz seruan azzan tidak ada dalam mana-mana agama . Kalau agama-agama lain menggunakan berbagai alat  bunyian , seperti lonceng , trumpet dan gong . Azzan dalam islam mengandungi kalimah-kalimah tauhid dan kalimah-kalimah yang mengajak umat islam kepada kejayaan di dunia dan akhirat .


Walaupun kewajipan sholat fardu yang lima waktu itu dimulakan oleh rasullulah saw dan para pengikutnya sebaik -baik khaifiatnya diajarkan oleh Malaikat Jabrail kepada Nabi Muhammad SAW tetapi azzan belum dilaungkan selama kaum muslimin berada di Mekkah .

Menurut sejarahnya, azzan hanya mula disyari`atkan pada tahun pertama Hijjah , iaitu ketika kaum muslimin sudah berada di Madinah .


Hal ini tentulah difahami .

Pertamanya , kerana selama di Mekkah kaum muslimin belum begitu bebas beribadat . Mereka masih merasa bimbang terhadap tindak tanduk kaum musyrkin terhadap mereka .

Keduannya, hanya sesudah berada di Madinah barulah mereka merasa bebas mengerjakan ibadat beramai-ramai tanpa bimbang atau takut terhadap ancaman musuh .

Menurut keterangan beberapa Hadis, pada suatu hari kaum muslimin sedang berkumpul seperti biasa menunggu waktu untuk mendirikan sholat fardu . Sehingga ke saat itu tiada sesiapa pun yang ditugaskan unuk menyeru kaum muslimin datang ke masjid untuk mendirikan sholat .

Pada hari itu, ada beberapa orang yang telah menyuarakan masalah itu . Pada masa itulah ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti perbuatan orang Nasrani . Ada pula yang mencadangkan supaya ditiup sejenis bunyian dari tanduk seperti perbuatan orang Yahudi .

Rasullulah SAW telah menolak semua cadangan itu .

Kemudian datanglah seorang sahabat ( menurut satu riwayat sahabat itu bernama Abdullah bin Zaid ) yang menyatakan bahawa dia bermimpi didatangi oleh seorang hamba Allah yang mengajarkan kepadanya lafaz Azan yang lengkap .

Sebaik-baik sahaja mendengar kenyataan itu Rasullulah SAW bersabda :"Insya-Allah, sesungguhnya itu adalah mimpi yang benar . Ajarkanlah lafaz Azan itu kepada Bilal supaya dia menyerukannya kerana suaranya lebih lantang daripada suaramu".

Ketika Bilal melaungkan Azan , Umar Al-Khattab yang mendengarnya terus mendapatkan Rasullulah dan berkata:"Demi Allah yang telah mengutuskan tuan dengan membawa kebenaram, saya pun bermimpi seperti itu juga".

Hadis-hadis mengenai permulaan azan ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmizi dan lain-lain .

Dalam riwayat lain disebut bahawa sahabat yang mencadangkan supaya diserukan Azan ialah Umar Al-Khattab supaya seruan sholat itu berlainan cara yang telah dilakukan oleh kaum Nasrani, Yahudi, atau pengikut agama-agama lain .

Oleh kerana suara Bilal bin Rabah dianggap paling nyaring daripada suara orang lain pada masa itu, maka Bilal pun dipilih oleh Rasullulah SAW supaya menyerukan azan untuk memanggil kaum muslimin datang mengerjakan sholat fardu berjamaah di masjid .

Sejak itu Azan telah disyariatkan oleh Rasullulah SAW ke atas kaum muslimin yang hendak mendirikan sholat . Dituntut pula azan atas sesiapa yang hendak mendirikan sholat berjamaah walaupun dua orang sahaja .

Azan juga disunatkan bagi jamaah perempuan .Siti Aisyah meriwayatkan bahawa beliau berazan dan iqamah dan menjadi imam bagi jamaah para wanita ( Al Baihaqi ) .
Imam Asy-Shafie berkata : Dibolehkan para wanita berazan dan beriqamah dalam sholat berjamaah di antara mereka .

( Perlu perbahasan lebih lanjut , artikel ini menceritakan sejarah Azan , wassalam...... )
Sekian, 

Terima kasih kerana sudi membaca sejarah azan atau adzan ini.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon