ADAB ADZAN


 adab-azan

Adapun adab melaksanakan azan menurut jumhur ulama ialah:

  1. Muazin hendaknya tidak menerima upah dalam melakukan tugasnya;
  2. Muazin harus suci dari hadas besar, hadas kecil, dan najis;
  3. Muazin menghadap ke arah kiblat ketika mengumandangkan azan;
  4. Ketika membaca hayya ‘ala as-salah muazin menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca hayya ‘ala al-falah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri;
  5. Muazin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya;
  6. Suara muazin hendaknya nyaring;
  7. Muazin tidak boleh berbicara ketika mengumandangkan azan;
  8. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan dengan lafal-lafal yang diucapkan oleh muazin, kecuali pada kalimat hayya ‘ala as-salah dan hayya ‘ala al-falah yang keduanya disahut dengan la haula wa la quwwata illa bi Allah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dari Allah);
  9. Setelah selesai azan, muazin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa selepas azan .
Adapun bacaan yang patut dibaca ketika menjawab azan ialah membaca kembali apa yang disebutkan oleh muazzin kerana sabit dari sunnah dari hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra dari nabi salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda :
اذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
“Dan jika kamu mendengar azan (termasuk iqamah) maka hendaklah kamu menyebut seperti apa yang disebutkan oleh muazzin”
(Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 611 dan Muslim no. 383

CARA MENJAWAB ADZAN DAN IQAMAH


ADZAN


IQAMAH




DOA SESUDAH AZAN
  
doa-sesudah-azan
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon