Rahmat Kelebihan Berselawat

rahmat-kelebihan-berselawat

Berikut adalah rahmat kelebihan berselawat kepada sesiapa yang rajin berselawat :

1-Mendapat syafaat Nabi, sebagaimana sabda Nabi bermaksud." Orang yang paling hampir denganku pada hari akhirat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasKu di dunia."   ( Hadis riawayat at-Tarmidzi, al-Bazzar dan Ibn Hibban dalam kitab sahihnya) .

2-Mendapat rahmat daripada ALLAH dengan dilipat gandakan 10 kali dengan sekali selawat.

3-Mendapat keampunan dosa. Ahmad dalam asnadnya meriwayatkan satu hadis daripada Nabi S.A.W bermaksud . " Sesiapa berselawat ke atasku sekali, akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan dan ditinggikan 10 darjat dan diperlihatkan kepadaKu amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yang diminta itu. "

4-Mendapat doa Malaikat.

5-Ditinggikan darjatnya disisi ALLAH.

6-Dapat berhubung secara langsung dengan Nabi Muhammad S.A.W kerana setiap salam yang diucapkan itu terus sampai kepada nabi.

7-Doa dimakbulkan .

8-Membersihkan hati. " Berselawatlah kamu ke atasku kerana selawat kamu itu membersihkan hati kamu dan  mohonlah kepada ALLAH agar mengurniakan kepadaku al-wasilah." ( Hadis riwayat at-Tarmidzi dan Nasai )

9-Mendapat perlindungan pada hari kiamat.

10-Terselamatlah daripada sifat bakhil . " Orang yang bakhil adalah seseorang yang apabila disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku ." ( Hadis riwayat at-Tarmidzi ,Nasai dan al-Hakim )

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
mselim3
AUTHOR
September 28, 2010 at 11:19 AM delete

So bebanyak kan lah selawat ....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon