Maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat sama berselawat untuk Nabi,Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya"(Surah Al-Ahzab:56)
Kemuliaan/Karamah orang yang berselawat:
1. Allah berselawat ke atasnya
2. Dapat syafaat Nabi Muhammad SAW
3. Malaikat mengikutnya
4. Tidak menjadi munafik dan kafir
5. Menghapuskan kesalahan
6. Menolong mencapai hajat
7. Lepas dari huru-hara qiamat
8. Masuk syurga dan kekal di dalamnya
9. Bercahaya zahir dan batin
Faedah dan keuntungan bagi orang yang berselawat:
1. Taat perintah Allah dengan berselawat
2. Allah bersama berselawat ke atas Nabi
3. Malaikat bersama berselawat
4. Allah akan berselawat 10 kali ke atas orang yang berselawat sekali
5. Dinaikkan baginya 10 darjat ketinggian
6. Ditulis baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan baginya 10 kejahatan
8. Diqabulkan doanya
9. Mendapat syafaat dari Nabi di akhirat
10. Diampunkan dosa dan ditutup keaibannya
11. Memudahkan cita-cita tercapai
12. Menghampirkan diri kepada Rasulullah
13. Sebab bagi menempati bersedekah
14. Sebab memudahkan bagi tercapainya hajat
15. Sebab Allah SWT dan Malaikat berselawat ke atasnya
16. Mendapat kesucian dan keberkatan
17. Dikhabarkan tempatnya di Syurga sebelum matinya
18. Dapat kelepasan dari huru-hara qiamat
19. Nabi SAW menjawab selawat orang yang berselawat ke atasnya
20. Sentiasa ingat kepada Rasulullah
21. Menghilangkan papa
22. Mengharumkan tempat berselawat
23. Dapat menjauhkan seseorang itu dari bakhil
24. Dapat kemenangan doa
25. Berada di atas jalan ke syurga
26. Terhindar sesuatu majlis dari bau busuk
27. Menyempurnakan ucapan dengan dimulai Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi
28. Selamat meniti titian Siratul Mustaqim
29. Sebab dapat berjumpa dengan Rasulullah
30. Dapat rahmat dari Allah
31. Dapat keberkatan hidup
32. Berkekalan kasihnya kepada Rasulullah
33. Dapat kasih sayang dari Rasulullah
34. Dapat petunjuk dan sentiasa hidup hatinya
35. Dinyatakan pada Rasulullah baginya selawat
36. Ditetapkan iman
37. Bersyukur dengan nikmat Allah
38. Berzikir kepada Allah
39. Selawat itu doa
40. Bersih wajah dan hatinya
41. Akan dikahwinkan dengan bidadari syurga dan mendapat mahligai syurga
KELEBIHAN ORANG YANG BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH
1. Diampunkan dosa-dosanyaSabda Rasulullah ertinya: "Selawat akanmu ke atas ku itu untuk meenghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadam api"
2. Diterima amalan yang paling utamaSabda Rasulullah ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamatbagi saya adalah yang paling banyak berselawat untukku"
3. Didoakan oleh MalaikatSabda Rasullah ertinya: "Barang siapa menulis untukku dalam sebuah kitab (buku)maka para Malaikat tetap memohonkan ampun baginya selama namaku tertulis di dalam kitab (buku) itu"
4. Tidak dapat lihat pahala jika tidak berselawatSabda Rasulullah ertinya: "Tiada satu kaum duduk dalam satu majlis yang mereka itutidak membaca selawat untuk Nabi SAW kecuali akan mendapat kerugian, meskipunmereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka"
5. Terselamat dari kejutan qiamatSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku sebanyak 10 kalidi waktu pagi dan 10 kali di waktu petang maka Allah mengamankan dari kejutan yangmaha besar pada hari qiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan parasiddiqin di dalam syurga"
6. Bersama Rasulullah SAW di dalam syurgaSabda Rasulullah ertinya: "Barang siapa cinta pada sunnahku maka sesungguhnya diacinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga"
7. Ikan BerselawatSabda Rasulullah ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammadsesungguhnya Allah telah menciptakan sebuah laut di balik gunung Qaf dan di lautitu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa mengambil seekor ikan dari laut itu maka lumpuhlah kedua tangan dan ikannyapun menjadi batu"
8. Dapat syafaat dari RasulullahSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat yang ertinya: "Ya Allah,limpahkanlah selawat untuk nabi SAW dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau pada hari qiamat, maka pasti syafaatku di hari qiamat"
9. Mendapat CahayaSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku sebanyak 100kali pada hari Jumaat, maka pada hari qiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka"
10. Sembahyang diterimaSabda Rasulullah ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawatku"
11. Terlepas dari sifat munafikSabda Rasulullah ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali maka Allah memberikankepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca 10 selawat maka Allah memberikan 100selawat kepadanya, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan iaitu; bebasdari sifat munafik dan bebas dari api neraka, bahkan di hari qiamat Allah akan memasukkannyake dalam syurga bersama-sama orang yang mati syahid.
Wallahualam.
1 comments:
Write commentsBagus dan banyak kelebihan yang kita dapat jika berselawat ke atas rasullulah...
Replysupaya dapat kita menanam perasaan cinta dan sayang kepada rasullulah yang telah banyak berjasa mengembangkan syiar islam keseluruh pelusuk dunia...
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon