Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kisahkesyahidanparasahabat-mselim3

Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud - Dari Ibnu Abbas ra ia berkata :"Rasulullah saw bersabda ketika saudara-saudara kamu gugur dalam Perang Uhud . Allah SWT telah menjadikan roh-roh mereka bagaikan burung-burung yang menuju sungai-sungai dalam Syurga dan memakan buah-buahan yang ada di dalamnya dan kemudian mereka berkumpul di sekitar pelita yang diperbuat daripada emas yang tergantung di atas singgahsana (arasy). 


Setelah itu, mereka telah dijamu dengan makanan yang lazat dan baik serta minuman yang menyegarkan dan mereka berkata :"Bagaimana caranya agar kita dapat menyampaikan berita yang gembira ini kepada saudara-saudara kita yang sedang dalam pertempuran bahawasanya kita hidup di Syurga dan diberikan nikmat agar mereka lebih berkobar-kobar dalam berjuang dan tidak merasa gentar di waktu berperang. (6)

Lalu Allah SWT berfirman :"Aku yang akan menyampaikan kepada mereka (saudara-saudara kamu) tentang keadaan kamu sesungguhnya... (7) 

Maka turunlah firman Allah SWT yang bermaksud : 

QS.Al-Imran 169-171

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur (ketika berperang) pada jalan Allah SWT itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Allah dan mendapat rezeki.

Maka mereka dalam keadaan yang sangat gembira disebabkan mereka menerima dan diperkenankan oleh Allah SWT dan mereka bersenang hati terhadap saudara-saudara mereka yang masih tinggal di belakang yang bakal menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

Mereka bersenang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Alllah SWT dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman. (8) 

Sumber :
(6) Hitsami dalam Kitabnya al-Mujma :6, 90 menambahkan para perawinya tsiqat (diyakini )
(7) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ahmad :1/365 , Abu Daud 2520 , Ibnu Abu Syaibah : 5/294, Hakim :2/88 dan Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra :9/163
(8) QS.Al-Imran 169-171 

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih membaca artikel  Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud ini .

12 Comments

  1. Assalam MSelim3... perkongsian yg baik buat pengajaran dan juga peringatan kepada kita semua.. mmg kita patut tahu kisah ini.. subhanallah...

    ReplyDelete
  2. Kisah yang bagus untuk dicontohi. Untung Sahabat jadi sahabat Nabi SAW. Sentiasa bersama Nabi SAW untuk kembangkan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. membuat kita terfikir sejenak.. apakah pengorbanan dan sumbangan kita kepada Agama..?

      Delete
  3. Asalam Mselim..URL blog ni masih dalam Link bloglist terbaik Etuza ya

    ReplyDelete
  4. nice share... perkongsian untuk m=pengajaran kita bersama..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tuan admin Mohd Selim.. Satu posting yg sangat bermanfaa

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tuan admin Mohd Selim.. Satu posting yang sangat bermanfaat buat semua. Sebenarnya saya dapati banyak posting di sini yang bagus untuk bcaan kita. Teruskan usaha tuan.

    Btw, saya visitor pertama kali melawat blog tuan dan akan bookmark utk reference akan datang. Salam perkenalan dari <a href="http://www.azhan.co>Azhan</a>

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3