Kisah Ummu Mahjan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan lemah bernama Ummu Mahjan yang biasanya sehariannya membersihkan masjid nabawi. Suatu hari, Rasulullah saw sudah sekian lama tidak melihat Ummu Mahjan lantas Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat. Lalu para sahabat menyatakan bahawa Ummu Mahjan telah meninggal dunia.
Lalu Rasulullah saw menyatakan,"Mengapa kalian tidak memberitahu hal ini kepadaku?"
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa para sahabat yang lain menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah perkara atau hal yang kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
Hal ini menyebabkan Rasulullah bergegas meminta para sahabat menunjukkan tempat kubur Ummu Mahjan.
Setelah itu, Rasulullah saw pun menyolatkan lalu bersabda,"Sesungguhnya kubur ini telah terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya.
~H.R An-Nasai~
Semoga Allah SWT merahmati Ummu Mahjan ra yang mana sekalipun seseorang itu miskin dan lemah akan tetapi ia tetap berguna kepada ummah sesuai dengan kemampuannya. Beliau telah memberikan pengajaran kepada kaum muslimin bahawa kita tidak boleh menganggap mudah atau enteng sesuatu amal itu sekalipun kecil.
Beliau begitu mulia kerana mendapat perhatian daripada Rasulullah saw sekalipun tidak begitu diendahkan oleh para sahabat yang lain sehingga meninggal dunia. Lalu Rasulullah saw berserta sahabat yang lain bergegas menyolatkannya agar Allah SWT menerangi kuburnya dengan solat Rasulullah saw.
Terima kasih kerana sudi membaca entry Kisah Ummu Mahjan Pembersih Masjid Nabawi ini.
Daripada;
http://mselim3.blogspot.com
Daripada;
http://mselim3.blogspot.com
13 comments
Write commentsPerkongsian yang berguna mselim, Berkat menjadi pencuci masjid. Allah SWT muliakan nya.
ReplyAllahu..betapa Rasulullah SAW sangat menghargai perkara baik walau pun kecil yang dilakukan orang lain..
ReplyAssalaamualaikum mSelim. Begitulah darjat manusia miskin yang sering dipandang hina oleh orang lain tapi siapa tahu disisi Allah dia lebih mulia..
ReplyBanyak jasanya kepada Agama.
ReplyHanya mereka yang mengetahui... faham akan nilai dan kemuliaan seseorang itu kerana kita adalah sama di sisi Allah SWT.
Replykutip debu pun tggi darjatnya apa lagi satu masjid
ReplyASSALAM..MASING2 KITA ADA PERANANNYA DLM KEHIDUPAN INI N ALLAH N RASULNYA MENGETAHUINYA...
ReplySALAM KENAL MSELIM..
walaikummusalam...
Replysalam kenal daripada mselim3 gak...
asalam selim..datang balin nak jejak teman maya..antaranya Meslim ya..terbaik blog dakwah kita ni..teruskan usaha
Replyhampir menitis air mata membaca kisah ni..ni lah amalan yang kecil itu sebesar2 di mata Allah..
Replysekarang semua orang berebut nak bekerja di mekah,,amin
ReplySangat bahagia Ummu Mahjan kerana dimuliakan oleh Nabi s.a.w
ReplyAssalamualaikum tuan..manusia jarang perasan kepada orang lemah dan miskin..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon