Thalhah bin Ubaidillah ra adalah sahabat nabi yang pemurah dan dermawan. Sepanjang hidup atau hidupnya digunakan hanya untuk islam rela berkorban baik rohani dan jasmaninya. Kisah Thalhah Ubaidillah memeluk islam melalui Abu Bakar as Siddiq, dan merupakan orang islam yang terawal memeluk islam dan 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasullulah saw.
Pada saat hendak memeluk islam, ketika Thalhah bersama Abu Bakar as menemui Rasullulah saw dan mengucapkan dua kalimah syahadat. Setelah islam, ketika dalam perjalanan itu Nofel bin Khuwailid yang dikenali dengan gelaran "Singa Quraisy" yang terkenal dengan kejam dan kebengisannya. Lalu mereka diseksa dengan seksaan yang teruk kerana memeluk islam. Kerana peristiwa ini mereka berdua digelar atau mendapat gelaran "Alqorinan atau dua serangkai".
Thalhah adalah seorang sahabat yang teguh dengan pendiriannya terhadap agama islam. Pada waktu perang Uhud tubuh Thalhah menerima lebih 70 tikaman atau anak panah dan beberapa jarinya putus. Ketika tentera islam disaat yang genting dan Rasullulah saw berada di dalam bahaya akibat pasukan memamah yang mengingkari perintah Rasullulah saw tentera musyrikin menyerang balik dengan segenap penjuru yang memaksa pasukan tentera muslimin sekuat tenaga melindungi Rasullulah saw.
Diantara sahabat yang kuat mempertahankan Rasullulah saw sehingga ia melindungi Rasullulah saw dengan badannya. Sehingga pihak tentera musyrikin merasakan bahawa Rasullulah telah terkorban dalam pertempuran ini. Namun, begitu Rasullulah saw sebenarnya selamat Thalhah telah memapah Rasullulah saw menaiki bukit yang ada dihujung pertempuran. Maka Thalhah mendapat gelaran "Burung Helang Hari Uhud". Ketika Abu Bakar as datang menemui Rasullulah saw, Rasullulah bersabda:"Lihatlah saudaramu itu (merujuk kepada keadaan Thalhah yang penuh dengan luka.
Thalhah juga adalah seorang sahabat nabi yang kaya raya tetapi sangat dermawan dan pemurah. Isterinya yang bernama Sa'ud binti Auf pernah melihat Thalhah sedang duduk temenung kemurungan. Lalu isteri Thalhah bertanya apa penyebab kemurungan, Thalhah menyatakan bahawa wang yang ada ditangannya terlalu banyak.
Kemudian memberikan usul agar harta atau wang yang banyak itu disedekahkan kepada fakir miskin. Lalu wang atau harta yang banyak itu disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin tanpa ada tinggal sesen pun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya : Aku bersahabat dengan Thalhah baik bermukim atau bermusafir aku melihat tidak ada seorang pun yang lebih dermawan berbanding kaum muslimin yang lain. Jabir bin Abdullah meriwayatkan:"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta.
Dengan sebab itulah dia mendapat gelaran "Thalhah Si Dermawan","Thalhah Si Pengalir Harta" dan "Thalhah Kebaikan dan Kebajikan."
Sewaktu terjadi perang jamal Thalhah di pihak lain berperang dengan Saidina Ali ra. Saidina Ali mengusulkan Thalhah agar berundur ke barisan belakang. Satu anak panah telah mengenai betis nya sehingga Thalhah di pindahkan ke Basra oleh kerana luka yang dalam itu menyebabkan Thalhah wafat pada usia 60 tahun. Beliau dimakamkan di suatu tempat padang rumput di Basra.
Rasullulah saw bersabda kepada para sahabat :"Orang ini termasuk gugur syahid dan barangsiapa senang melihat seorang syahid di atas bumi maka lihatlah Thalhah ra.
Maksudnya :
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah janjinya.
(Surah al-ahzab ayat 23).
Sumber Asal diolah semula mselim3.blogspot.com
11 comments
Write commentsAssalam MSelim3;
ReplyPerjuangan & ikon contoh ikutan yg patut dikenang utk kebaikan kita semua...
Terima kasih atas perkongsian...
ReplyAssalammualaikum mselim!niesa pernah baca kisah Thalhah ni..bgus dijadikan panduan betapa teguhnya iman beliau.. :')
ReplyAssalamualaikum mselims ... alhamdulilah terima kasih kongsi entri ini .. penjuangan yang bagus dan semoga jadi tauladan untuk kita
ReplyMenarik sangat...Allahuakbar.
ReplySalam sahabat,
ReplyBegitu teguh dan setianya sahabat nabi dalam mempertahankan agama dan Rasulullah saw hanya kerana Allah swt. Sanggupkah kita berkorban harta dan nyawa sepertinya? Jawapan ada pada diri kita sendiri...
Allahhuakbar ... syahid untuknya .
ReplyAllahu Akbar..contoh teladan untuk kita semua...
Replysatu perkongsian yang boleh dijadikan tauladan buat kita semua.
Replysmoga dapat mnjadi pembakar semangat buat kita semua.
ReplyMoga kita akan lebih mengenali pejuang-pejung Islam ini.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon