Setelah menikahi Zaiban binti jahsy ketika bulan Muharam tahun ke 6 Hijrah. Rasullulah saw menikahi Raihanah binti Syam'un bin Khurnafah bin Syam'un bin Zaid, daripada keturunan Bani an Nadhir, saudara Quraizhah.
Sebelum itu dia adalah isteri kepada seorang lelaki keturunan Bani Quraizhah. Ada yang mengatakan namanya Hakim. Sebahagian perawi menyatakan Raihanah berasal daripada Bani Quraizhah kerana pernikahannya dengan lelaki Bani Quraizhah.
Raihanah merupakan seorang wanita yang cantik dan berwibawa. Dia ditawan pada bulan Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah dalam peristiwa Quraizhah.
Dia adalah tawanan Rasullulah saw , Rasullulah menawarkan pilihan kepadanya antara memeluk islam atau tetap pada agamanya. Dia memilih islam lalu dibebaskan dan dinikahi Rasullulah saw.
Maharnya sebanyak 12 uqiyah (480 dirham) dan satu nasy. seperti mahar baginda dengan isteri-isteri yang lain.
Walimatul urus Raihanah berlangsung pada bulan Muharam tahun ke 6 Hijrah di rumah Ummu al Mundzir, Salma binti Qais.
Nabi Membuatkan tabir (hijab) untuknya. Dia sangat cemburu kepada Nabi kemudian Nabi menceraikannya dengan sekali talak. Dia terus-menerus menangis mendengar keputusan itu. Ketika Nabi datang kepadanya dia masih tetap menangis. Lalu Nabi merujuknya semula.
Dia tetap menjadi isteri Nabi sehingga meninggal dunia ketika nabi pulang daripada haji Wada dan dikebumikan di Baqi.
Ada yang berpendapat , Nabi tidak tidak pernah menikahinya. Ada yang meriwayatkan bahawa Rasullulah saw belum membebaskannya , Nabi menyetubuhinya sebagai hak milik tahanan. Nabi pernah memberikan pilihan kepadanya dan jika kamu suka kamu aku jadikan sebagai hak milikku."
Dia menjawab,"Wahai Rasullulah aku memilih menjadi hak milikmu dan jika itu lebih ringan bagiku dan bagimu.
Dalam sirah Ibnu Hisyam. disebutkan bahawa ketika Raihanah ditawan dia menolak memeluk islam dan tetap dengan agama Yahudi. Namun ketika Rasullulah menyatakan ingin menikahinya dan melakukan hijab dia berkata ,"Biarlah aku menjadi hambamu kerana ia lebih mudah bagiku dan bagimu,"Tetapi kemudian dia menolak.
Muhammad bin Umar al-Aslami menyatakan , kami pendapat yang paling benar adalah pendapat yang pertama. Ia paling sahih menurut para ulama.
Abu al-Faraj Abdul Rahman bin al-Jauzi menceritakan suatu riwayat daripada az-Zuhri, dalam kitabnya at-Takqih dia menyatakan Nabi saw menawan Raihanah kemudian dibebaskan dan kembali bertemu dengan keluarganya. "
Melalui perbezaan pendapat itu, para sejarah bersepakat bahawa Raihanah adalah seorang wanita yang telah memeluk islam pada zaman Rasullulah saw masih hidup. Dengan itu, dia dianggap sebagai sahabat wanita, walaupun statusnya sebagai isteri Nabi atau bukan, masih terdapat perbezaan pendapat. Wallahu a'lam...
Sumber : 100 wanita disisi Rasullulah
assalamualaikum..mselim
ReplyDeleteperkongsian yg hebat..
Alhamdulillah...suke baca kisah mcam ni... mrasa kagum.. In Shaa Allah..sama2 ambil pngjaran
ReplyDeleteassalamualaikum mselim,
ReplyDeletehebat perkongsian ni, menarik..
Salam Sahabat...
ReplyDeletePerkongsian menarik...semoga jadi semangat dan ikutan dizaman ini.
salam bro muslim..
ReplyDeleteterima kasih ats pkongsian..menarik :)
perkongsian yg menarik mselim
ReplyDeletebaru tahu pasal kisah raihanah ni
Assalamualikum mselim.. acik tak pernah baca pula kisah ini ..terima kasih atas perkongsiaannya ..
ReplyDeletehusna ada kawan nama raihanah.. bekas jiran masa kat kolej dulu.. :)
ReplyDeleteputeri belum pernah membaca kisah ni...terima kasih berkongsi
ReplyDeleteAssalam MSelim3;
ReplyDeleteT kasih diatas perkongsian. Ilmu yg sgt baik utk dibaca & diketahui semua..
Assalammualaikum mselim3,thanks share kisah2 yg niesa x pernah baca!hehe..syukran2..
ReplyDeletejarang kan kisah ttg isteri Rasulullah Sallallahualaihiwasalam yg seorang ini :)
ReplyDeletebanyak lagi rupanya yang saya tak tahu..thanks kongsikan..hehe
ReplyDeletepernah mengajar subjek pend islam thn lepas..ada jugak bab-bab pasal isteri2 nabi..tapi yg biasa kite dgr je la..perkongsian baru ne :)
ReplyDeleteSalam..bukankah nama bliau zainab ..?adakah ia ralat?(zaiban)
ReplyDeleteAssalammualaikum... sahabatku biskut solty II,
ReplyDeletebetul memang nama betul nama zaiban .. insaallah dah check tadi takder taiping error.. terima kasih atas teguran tu.
mselim3