Masjid Quba - Masjid Pertama Umat Islam

masjidquba

Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam berdasarkan takwa dan iman yang padu. Allah swt telah mengakuinya sebagaimana firmannya di dalam al-Quran : 

surahattaubahayat108


Surah Surah al-taubah 108

Maksudnya : "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya... 

Menurut pendapat kebanyakkan ulama sebab turunnya ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba. Ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini turun ditujukan kepada Masjid Nabawi dan kedua-dua pendapat tidak bercanggah kerana kedua masjid ini dibina atas dasar takwa namun akhir ayat tersebut menguatkan pendapat juhmur. 

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasullulah saw selalu pergi ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari Sabtu samada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasullulah saw pergi pada hari isnin dan khamis. (hadis sahih al-bukhari no.1193). 

Rasullulah saw juga bersabda : 
"Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah (Sunan Ibnu Majah no.1412.Lihat : Fadhail Madinah 542, sahih al-jami' as-soghir no.6154 (sahih).

Selepas wafatnya Rasullulah saw, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba dan bersolat di sana. 

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Salim, hamba kepada Abu Huzaifah pernah menjadi imam bagi golongan muhajirin sebelum kedatangan Rasullulah saw beliau adalah salah seorang yang banyak menghafal al-Quran (hadis sahih al-Bukhari no.692) 

Zaid bin Aslam ra berkata : "Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba, sekiranya ia berada di hujung dunia nescaya kami akan bermusafir kepadanya. (Khulasah Al-Wafa' 2/267-276)

Lokasi Masjid 

Masjid Quba terletak di perkampungan Quba kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5,035 m persegi. 


Pada hari isnin 8 Rabi'ul Awwal bersamaan 23 September 622M, Rasullulah saw tiba di perkampungan Quba dalam perjalanan hijrah dari makkah , baginda tinggal di sana selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al-Hadm. 

Pada hari pertama itulah Rasullulah saw terus membina Masjid Quba iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat islam. Rasullulah saw sendiri turut serta dalam pembinaan masjid ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat. 

Asy-Syimus binti An-Numan ra menceritakan :"Aku melihat Rasullulah saw ketika ketika membina masjid ini . Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya." 
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani) 


masjidalaqsa


Setelah itu, Rasullulah saw mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Majid Quba berkiblatkan Masjid Al-Aqsa pada waktu itu.

Sumber : Petikan Madinah Kelebihan & Sejarah

24 Comments

  1. assalamualaikum mselim, walau tengok dalam gambar tapi terasa macam nak merasa melangkah kaki ke sana dan merasai sendiri keindahan seni binanya...

    ReplyDelete
  2. cantik sangat...terasa nak jejak jugak kaki ke sana :')

    ReplyDelete
  3. SUbhanallah...hebatnya Islam. Semoga masjid Quba terus terpelihara sebagai simbol kekuatan umat Islam.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah acik suka entri seperti ini ^_^ sangat bagus

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, jika mama dapat ke sana........

    ReplyDelete
  6. Semoga masjid2 dan madrasah2 yg ada dimalaysia ni pun indah isinya sebagaimana indah masjid2 yg dibina amin thanks for sharing Selim ^_^

    ReplyDelete
  7. Sy ambil maklum..selalunya diamalkan wuduk kat rumah dulu baru ke masjid. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Salam sahabat...Semoga sihat.
    Inilah salah satu masjid yang tersemat dihati untuk bersembahyang didalamnya.

    ReplyDelete
  9. Allahu Akbar... usaha Nabi didalam menyebarkan Islam... kita pun kna bijak atur stratgi untuk dakwah... In Shaa Allah.. nice sharing ..

    ^_________________________________________________^

    ReplyDelete
  10. semoga Masjid Quba terus terpelihara :)

    ReplyDelete
  11. subnallah... selalu berharap semoga dapat jejakkan kaki ke sana.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Assalam MSelim3
    Subhanallah.. entri yg sgt menarik. T kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
  13. salam Jumaat & terima kasih kerana berkongsi MS...

    ReplyDelete
  14. Assalam MSelim3..
    widget pengomen bulanan saya rujuk dari blog Mizz Aiza. Boleh rujuk di link ini.. :)
    http://www.mizzaiza.com/2014/01/widget-pengomen-terbanyak.html

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum.. khir,

    Terima kasih bebanyak... k.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih bro hidangkan saya cerita yang penuh pengajaran ni...serius..kalau orang tanya saya, memang saya terpinga-pinga lah...

    ReplyDelete
  17. insha allah, satu hari nanti..kumpul duit sikit, kena sampai jugak kat masjid ni.niat penting tu :)

    ReplyDelete
  18. bagus perkongsian dari entri ni... tq ya mselim.

    ReplyDelete
  19. terima kasih mselim.. singgah di pagi isnin.. ilmu dan sejarah yg sgt bermanfaat utk dikongsi bersama

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3