Cara Solat Sunat Ihram

Sebagaimana yang kita maklumi untuk menunaikan ibadah haji dan umrah, wajib kita memakai ihram di miqat. Miqat atau perhentian bagi jemaah haji dan umrah dari Asia Tenggara ialah Yalamlam atau Jeddah. Dari sana kita berniat serta memakai ihram.


Mereka yang datang dari jurusan Madinah menuju ke Mekah dengan tujuan mengerjakan haji dan umrah atau salah satu daripadanya. Maka mereka berniat serta berihram di Bi'r Ali. 

Adapun bagi mereka hendaklah keluar ke Tan'aem atau Ja'ranah dan di sanalah berniat dan memakai ihram. 


Walaupun dimana kita memakai ihram, di sunatkan kita mengerjakan solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya. 


Lafaz niatnya : 
lafaz-niat-solat-ihram-mselim3

"Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah taala"


Peringatan : Sebelum memakai ihram , disunatkan terlebih dahulu agar mandi dengan niat memakai ihram. 


Sumber : 

Buku "Himpunan 75 Solat-Solat Sunat"
Halaman 56-57

11 Comments

  1. salam
    semoga diizinkan Allah utk menjadi tetamuNYA satu hari...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing sedara... Moga dapat dimanfaatkan satu hari nnt

    ReplyDelete
  3. nice info nie...

    untuk komen disqus tu....
    cik akak dah try berapa kali...tapi adoi...kenapa memang tak boleh..register dia katadah ada akaun..bila masa cik akak buat akuan..huhu

    ReplyDelete
  4. baru tahu ttg info ni
    thanks :)

    p/s: salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih, perkongsian yang cukup berguna. semoga dapat menunaikan haji di suatu masa nanti .insha Allah

    ReplyDelete
  6. moga dapat dimanfaatkan, ...pasang niat nak ke sana juga insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah . memudahkan mereka yg tidak tahu ...

    ReplyDelete
  8. ooo..nice sharing mselin
    perkongsian yg bermanfaat utk kami semua

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang berguna bagi mereka yang mengerjakan haji ni mselim3,
    bagus juga untuk readers yang lain juga supaya dapat menambah ilmu pengetahuan.
    Terima kasih atas perkongsian :)

    Ika pun ada buku solat-solat sunat ni tapi tak pasti sama dengan mselim3 punya atau tidak :)

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3