Cara Solat Sunat Witir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
solat-sunat-witir

Cara Solat Sunat Witir - Solat Sunat Witir (ganjil bilangan rakaatnya) adalah sunat muakkad iaitu tiga rakaat (dua salam) atau sekurang-kurangnya satu rakaat. Ia boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjamaah. Waktunya ialah selepas solat isyak. Solat sunat witir dilakukan akhir sekali dan merupakan penutup kepada solat-solat sunat yang lain. Di dalam bulan ramadan biasanya dikerjakan selepas solat sunat tarawih


Ia digalakkan oleh Rasulullah saw dan mengandungi banyak fadhilatnya. 
Sabda Rasulullah saw :"Wahai ahli al-Quran kerjakanlah solat witir kerana Allah itu witir (Maha Esa) dan suka kepada witir." (Riwayat Ahmad)

Fadhilat Solat Sunat Witir :

  1. Para malaikat turut menyaksikan kesungguhan orang yang mengamalkannya. 
  2. Solat sunat witir lebih utama daripada solat sunat-sunat rawatib yang lain. 

Lafaz dan Niatnya : 



Pada dua rakaat yang pertama : 
niat-solat-sunat-witir2

Pada satu rakaat yang terakhir : 
niat-solat-sunat-witir

Bacaan Surah-Surah : 

  1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca surah Al-A'laa. 
  2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca surah Al-Kafiruun. 
  3. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang ketiga, baca surah Al-Ikhlas, surah Al-Alaa, dan surah An-Nass. 
Selepas memberi salam yang terakhir baca zikir ;
zikir-solat-witir-tarawih-mselim3

Doa Penutup Solat Sunat Witir : 

Peringatan : 
Selepas mengerjakan solat witir pada malamnya solat sunat yang lainnya masih boleh dikerjakan tetapi hendaklah tidak mengulangi solat sunat witir lagi. Ini kerana Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud :"Tidak ada dua witir pada satu malam." 

Terima kasih membaca artikel Cara Solat Sunat Witir ini. 


Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon