Karamah Hussien Bin Ali Abi Talib - Cucu Rasulullah Saw ; Saidina Hussien bin Abi Talib mempunyai karamah yang tertentu . Cucu Rasulullah saw ini syahid dalam peperangan di Karbala menentang tentera Bani Umaiyah. Beliau dibunuh dengan kejam dimana kepalanya Saidina Hussien bin Abi Talib ini dipenggal dan dibawa kepada Khalifah di Syam.
Imam As-Syiliy Alba'alawi berkata:"bahawa karamah saidina Hussien ketara bila orang-orang dari Syam yang ikut serta dalam perang di Karbala semuanya menerima bencana oleh Allah SWT.
Seorang bernama Abdullah bin Hussien menceritakan seseorang itu mati setelah menderita kehausan yang amat sangat. Ini kerana beliau mencegah Saidina Hussien minum air sungai Furat dalam peperangan Karbala ini. Saidina Hussien dipanah oleh seorang perajurit musuh bernama Wazaghah ketika beliau hendah minum.
Saidina Hussien sempat berdoa sebelum menghembuskan nafasnya :"Ya Allah berilah dia rasa dahaga."
Hingga ke akhir hayatnya Wazaghah sentiasa merasa dahaga dan tidak berhenti minum hingga perutnya besar seperti unta hingga dia meninggal dunia. Imam Syili meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang turut serta dalam peperangan Karbala pernah berkata:"Semua orang yang terlibat dalam tragedi pembunuhan Saidina Hussien bin Abi Talib mendapat celaka kecuali aku." Selepas dia berkata demikian dia bangun untuk membaiki lampu minyaknya tiba-tiba api lampu itu menyambar bajunya hingga dia mati hangus.
Ada seorang lelaki yang baru pulang dari medan peperangan di Karbala itu mukanya yang dahulu tampan bertukar menjadi hitam legam. Bila ditanya , dia berkata :"Aku telah disuruh mengikat kepala Saidina Hussien di belakang pelana kudaku untuk dibawa ke Syam. Pada malam hari dua orang lelaki datang menarik aku ke dalam suatu jurang berapi lalu mereka menekan mukaku ke dalam api hingga mukaku hangus."
Tidak lama sesudah itu selesai dia bercerita orang itu pun mati dalam keadaan hina.
Daripada sumber Kisah Siapa Wali
Terima kasih kerana membaca entry Karamah Hussien Bin Ali Abi Talib - Cucu Rasulullah Saw ini.
Daripada : http://mselim3.blogspot.com
11 comments
Write commentsnice sharing
ReplyAllah sentiasa menolong hamba-hambanya yang beriman.
Replysantapan minda... alhamdulillah.. tq ya...
Replypstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html
maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)
Assalamu'alaikum Mselim.. singgah sini
Replyterima kasih saudara bro khairuddin,
Replymselim3
betul tu PMDR...
Replymselim3
takper kat mia. Mselim3 faham... pape terima kasih sudi visit mselim3 kat sini.
Replymselim3
waalaikummusalam... NH,
Replyterima kasih nurul visit mselim3..
mselim3
Assalammualaikum mSelim. Semoga karamah keturunan Rasulullah memberi syafaat kepada kita semua.
ReplyAllahu akbar. semoga menjadi pengajaran untuk kita semua..
ReplySentiasa ada ilmu agama yang baru bila singgah disini
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon