Tersebutlah kisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai firaun yang terkenal dengan kezaliman dan kekejaman. Setelah kematian isteri, firaun hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itulah ada seorang gadis jelita yang bernama asiah binti mahazim dari keturunan Imran. Asiah binti Mahazim sering menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemudi kerana ketinggian keperibadian dan kecantikannya.
Kisah kejelitaan Asiah ini telah sampai ke telinga Firaun sehingga beliau teringin untuk memperisterikannya sebagai permaisuri. Maka Hamam, menteri Firaun diutuskan sebagai rombongan meminang namun sayang sekali telah ditolak oleh Asiah. Ini kerana bagi Asiah, Firaun adalah seorang Raja yang zalim serta tidak beriman kepada Allah SWT. Apabila mengetahui pinangannya ditolak Firaun marah lalu memerintahkan agar kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Lalu mereka ditangkap dipenjara dan diseksa. Hal ini membuatkan Asiah terpaksa menerima lamaran Firaun dengan beberapa syarat :
- Firaun hendaklah membebaskan kedua ibu bapanya.
- Menyediakan rumah yang selesa lengkap dengan perkakas.
- Firaun mesti menjamin kesihatan kedua ibu bapanya tentang makan dan minumnya.
- Beliau bersedia menjadi isteri atau permaisuri Firaun sudi menghadiri acara-acara tertentu tetapi tidak tidur bersama Firaun.
Sekiranya permintaan-permintaan ini tidak dipersetujui beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya, Firaun setuju dengan permintaan Asiah ini. Lalu Aisyah dan kedua ibu bapanya dibebaskan daripada penyeksaan Firaun.
Firaun mempunyai seorang pegawai yang dipercayai bernama Hazaqil. Hazaqil seorang yang taat beriman kepada Allah dan merupakan suami kepada Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun. Hazaqil dan Masyitah dihukum bunuh. Hazaqil telah dihukum bunuh dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma lalu dipanah dengan kejam. Manakala Masyitah iaitu tukang sikat rambut ini pula dicampakkan kedalam kawah panas. (baca kisah Masyitah).
Hal ini, membuat Aisyah tidak menyembunyikan lagi keimananya kepada agama yang dibawa oleh Nabi Musa as. Dia tidak menyangka Asiah telah mengikuti ajaran Nabi Musa as. Walaupun Asiah telah dipujuk oleh Firaun dengan ditawarkan dengan kekayaan dan kemewahan. Hal ini sedikit pun tidak mengoyangkan keimanan Asiah daripada berganjak dari ajaran yang dibawakan oleh Nabi Musa as. Malah Asiah berkata:"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai Allah. Allah yang menciptakan saya dan saya tetap dengan agama ini. Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu."
Usaha Firaun memujuk isterinya, Asiah secara lemah-lembut menemui jalan buntu. Lalu Firaun menggunakan jalan kekerasan pula iaitu dengan cara menyeksa Asiah. Asiah diseksa dengan kejam oleh Firaun dengan cara dijemur ditengah panas dibiarkan kepanasan, kehausan dan kelaparan serta dibiarkan kesejukkan dingin malam berhari-hari.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah SWT yang membuka hijabnya. Hatinya sangat tenang sehinggakan lupa pada segala penyeksaan dan kesakitan yang dialaminya. Selepas beberapa lama diseksa dengan teruk Firaun maka Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimah Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati waja dan tetap dengan keimanan kepada Allah SWT walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.
Sumber : At-Takwa
9 comments
Write commentsAsiah sememangnya tabah... seorang srikandi Islam.. Allahuakbar..
ReplyTq. Dapat mengetahui byk kisah yg menarik
ReplyKisah ini sungguh menyentuh hati.. Subhanallah
Replykisah yang sungguh menyetuh hati..
Replymemberi insipirasi.. tq sharing bro :)
Harap2 kita (umat) setabah dan sekuat srikandi islam ini... Insaallah.
Replysama-sama saudara khai.. selalu visit mselim3...
ReplyMselim yang taip entry nie .. turut rasa sedih... sungguh besar pengorbanannya Asiah sanggup berkorban demi agama yang tercinta..
ReplySama-sama saudara sobri ... sharing is caring... terima kasih visit mselim3..
Replyberuntungnya Asiah
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon