Terima kasih Blogger Relaks Minda!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi dapat juga kemaskini blog hari ini. Beginilah cabaran dalam berblog setelah menceburi dalam bidang blogging semenjak tahun 2008. Bermacam-macam dugaan dan cabaran yang dihadapi lebih-lebih lagi melibatkan pertukaran template dan masalah-masalah kode html nie. Terima kasih BM atau relaksminda.blogspot.com atas bantuan sahabat membantu mselim3 berkenaan dengan 'Masalah Double Posting'. 


Masalah double posting ini terjadi apabila posting kita mempunyai entry yang serupa. Masalah ini berlaku mungkin berapa sebab salah satu yang mselim3 perasan ialah apabila ada sesuatu coding xtml yang tidak berfungsi dan mselim3 pernah guna toturial ini "Kenapa butang reply komen tidak berfungsi" serta mselim3 perasan apabila template mselim3 itu ada dua id seperti kat bawah nie :

<div id='main-wrapper'>
  <b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>
<b:widget id='Blog2' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>
 </b:section>
      </div>

Puas mselim3 cari kat google cara mengatasi masalah ini dengan buang salah satu id blog 1 atau blog 2 . Tapi tak berjaya. Sampai satu masa rasa adakah akan berakhir hayat blog mselim3 nie. Puas juga berdoa dan mengharap siapakah yang dapat membantu mselim3 menyelesaikan masalah mselim3 nie. Entahlah ada 2@3 hari tiba-tiba teringat dengan sahabat mselim3, blogger BM... Kalau ada rakan blogger mselim3 perasan dekat seminggu jugak tidak mselim3 tak buat apa-apa entry sebab nak settle masalah double posting. Serik juga edit blog nie.. tapi pape kena cuba jugak walaupun tak berjaya. 


Terima kasih sahabat BM yang sudi membantu seikhlas hati beliau tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ilmu pasal coding html mselim3 nie masih kurang lagi dan perlu dipertingkatkan lagi belajar dan terus belajar. Insaallah.. Budi BM tak dapat mselim3 lupakan. Pantun sikit : 

Pisang Emas Dibawa Belayar 
Masak Sebiji Di atas Peti 
Hutang Emas Boleh dibayar 
Hutang Budi dibawa Mati . 

Pls : Sungguh tinggi Nilai Sahabat BM.. terharu mselim3. Semoga ikatan persahabatan kita berkekalan buat selama-lamanya... kepada sahabat yang ingin berkenalan dengan BM ini klik lah pada pautan yang mselim3 berikan. Tak rugi berkawan atau bersahabat dengan sahabat yang ikhlas semataa-mata hanya kerana Allah. Amin....  
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
March 21, 2015 at 8:12 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Memang pening nak edit html ni. SP pun masih bergelut nak cari masalah kotak komen di blog sendiri bila guna smartphone..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 21, 2015 at 8:23 PM delete

Waalaikummussalam...SP,

memang pening kalau tak mahir .. naik berpinar mata2... ehehehe. Mujur ada kekawan yang sudi membantu...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 22, 2015 at 9:12 PM delete

Alhamdulillah..kemanisan ukhuwahkan..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 23, 2015 at 12:37 AM delete

Memang manisnyer ukhuwah.. sukar untuk diluahkan dengan kata-kata...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 23, 2015 at 12:35 PM delete

Alhamdulillah.. Semoga bersama beroleh keberkatan berpanjangan atas ukhwah yg terjalin. Syukurlah.. :)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 29, 2015 at 8:05 AM delete

Insaallah .. syukur alhamdulillah moga2 berkekalan ukhuwah sesama blogger.

Reply
avatar
April 5, 2015 at 7:48 AM delete

Bantu membantu amalan yang paling baik :)

Calrase Patrick

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
April 9, 2015 at 8:31 PM delete

memang benar CP . BM seorang sahabat yang helping dan humble .. i like it.. Good friend..semoga ukhuwah terus berkekalan...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon