Kisah Sayidah Nafisah Binti Hassan



Sayidah Nafisah ialah salah seorang keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Sayidah Nafisah adalah puteri Hasan Al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abi Talib. Menurut Imam Al Manawi Sayidah Nafisah dilahirkan di Makkah tahun 145H kemudian berpindah ke Madinah dan mendapat didikan di sana. Dari awal 6 tahun lagi terdapat tanda bahawa Nafisah gemar beribadat. Pada malam hari beliau banyak melakukan solat tahajud dan berzikir.


Sesudah berkahwin dengan Ishaq bin Jaffar as Siddiq mereka berpindah ke Mesir. Hidupnya sederhana di Mesir mereka tinggal di rumah Jamaluddin Abdullah Ibnul Jashas. Diantara sahabat dan jirannya yang terdekat ialah sekeluarga Yahudi yang mempunyai seorang anak perempuan yang lumpuh seluruh badan.


Kisah Karamah I

Anak itu sangat rapat dengan Sayidah Nafisah dan meminta agar dia dapat tinggal bersama Nafisah. Pada suatu hari, ketika Sayidah Nafisah sedang mengambil wuduk, air wuduknya Nafisah mengalir membasahi kedua belah kaki anak yang lumpuh itu. Tiba-tiba, dengan izin Allah anak orang Yahudi itu sembuh hingga dia boleh berlari-lari.

Melihatkan keadaan anaknya yang telah sembuh, si ibu anak Yahudi itu terus berlari ke rumah Nafisah setelah mendengar cerita daripada anaknya. Sedangkan Nafisah ketika itu sedang solat dan tidak tahu apa yang berlaku. Melihatkan keadaan yang menakjubkan itu, Sayidah Nafisah terus menadah tangan dan bersyukur kepada Allah atas limpah rahmat Allah yang tidak terhingga itu.

Bila suami wanita itu kembali ke rumahnya dan melihat karamah Sayidah Nafisah dia pun berkata:"Ya Tuhan , Maha Suci Engkau yang memberi petunjuk atau menyesatkan siapa yang Engkau kehendaki. Demi Allah agama Nafisah adalah agama yang benar."
Akhirnya keluarga Yahudi itu memeluk islam dengan berkat karamah Sayidah Nafisah.


Karamah II

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki muslim menikahi wanita kristian. Mereka mendapat anak lelaki ketika mengembara anak lelaki lelaki muslim itu ditahan oleh musuh. Si ibu sangat sayang pada anaknya lalu menangis siang meminta di gereja tetapi tidak berjaya menyelamatkan anaknya daripada musuh.

Hampir dia putus asa , akhirnya dia teringat nama Sayidah Nafisah yang sering didengarnya daripada kawan-kawannya. Lalu dia meminta suaminya pertolongan daripada Sayidah Nafisah meminta pertolongan Allah.

Pada malam itu, mereka mendengar pintu rumah mereka di ketuk dari luar. Apabila dibuka, dia melihat siapa yang mengetuk pintu lalau terperanjat melihat anaknya dan berpelukan dan mengalirkan air mata gembira.

Bila ditanya, anak lelaki wanita menyatakan bahawa dia tidak melihat apa-apa kecuali merasa ada tangan menyentuh tangannya yang dirantai. Kemudian dia mendengar suara orang berkata:"Lepaskan belenggu kerana Sayidah Nafisah sudi memberikan pertolongan pada orang ini." Sebentar kemudian saya sudah berdiri di hadapan pintu rumah ini.
Akhirnya wanita kristian itu memeluk islam dengan rela hati.


Karamah III

Pada suatu hari , ketika Mesir diperintah oleh seorang raja yang zalim. Dia suka menyiksa orang yang dicurigai sebagai musuhnya. Datang seorang lelaki meminta pertolongan kepada Sayidah Nafisah kerana dia dicari raja untuk diseksa. Sayidah Nafisah berdoa dan berkata:"Pergilah semoga orang yang ingin menzalimi kamu tidak melihat kamu."

Bila lelaki itu, dihadapkan kepada raja, raja itu bertanya kepada pengawal:"Mana orang kamu bawa itu?"

Pengawal menjawab:"Dia ada berdiri di hadapan tuanku."

Raja berkata dengan marah :"Tapi mengapa aku tidak melihatnya."
Pengawal itu menyatakan bahawa orang itu telah meminta pertolongan Sayidah Nafisah sebelum dibawa mengadapnya. 

Penjelasan itu, telah menimbulkan keinsafan kepada raja dan kezalimannya telah mendapat kutukan daripada Allah dan kesannya ditunjukkan melalui karamah Sayidah Nafisah.

Raja pun memerintahkan agar orang itu dibebaskan dan diberikan wang 100 dirham, dan 100 dirham lagi diberikan juga kepada Sayidah Nafisah. Tetapi Sayidah Nafisah tidak mengambil sedikit pun wang hadiah itu malah wang itu disedekahkan kepada fakir dan miskin semuanya.


Karamah IV

Syeikh Al Azhari dalam kitabnya Al Kawakib As Sayyarah menceritakan bahawa ada seorang wanita janda yang mencari rezeki dengan menenun kain. Seminggu sekali dia akan menjual kain itu di pasar dan hasilnya digunakan untuk perbelanjaan selama seminggu. Ketika dia sedang membawa kain tenunan untuk di jual di pasar tiba-tiba seekor burung besar menyambar kainnya terbang ke udara. Puas dia menjerit dan dia pun menangis di tepi jalan kerana tiada wang untuk membeli makanan untuk anak-anaknya.
Ada seorang yang kasihan melihat nasib yang menimpa wanita janda itu lalu dia menasihati wanita itu agar pergi menemui Sayidah Nafisah dan meminta pertolongannya. Kemudian, Sayidah Nafisah pun berdoa kemudian Sayidah Nafisah menyuruh janda itu pulang dan berehat bagi meredakan kesedihan hatinya .

Petang itu, ada sekumpulan pelaut datang ke rumah Sayidah Nafisah dan bercerita. Bahawa ketika dia sedang belayar di laut perahu mereka telah bocor. Habis semua pakaian mereka dibuat untuk menutup lubang di perahu mereka tetapi air masih memasuki perahu juga. Tiba-tiba seekor burung melepaskan segumpal kain dari udara hingga dapatlah mereka menutup kebocoran itu dan selamat sampai ke pelabuhan.

Kami datang menyerahkan nazar kami sebanyak 500 Dinar sebagai tanda syukur kepada Allah,"kata wakil mereka kepada Sayidah Nafisah.

Sayidah Nafiyah bersyukur kepada Allah. Akhirnya semua wang itu diberikan kepada janda malang itu untuk mengganti kerugiannya. Sejak itu, kesemua anak janda itu diserahkan untuk berkhidmat kepada Sayidah Nafiisah.

Sayidah Nafisah wafat pada tahun 208H dan dimakamkan di rumahnya sendiri. Seluruh penduduk Mesir menangis apabila mengetahui berita kematiannya, Sayidah Nafisah. Beberapa waktu kemudian suaminya Nafisah ingin memindahkan jenazah Sayidah Nafisah ke perkuburan baqi di Madinah supaya hampir dengan makam Nabi saw tetap penduduk Mesir merayu agar dibatalkan niatnya itu. Namun suaminya Nafisah bertegas untuk memindahkan jenazah Sayidah Nafisah ke Madinah.

Pada suatu malam, suami Sayidah Nafisah bermimpi berjumpa dengan Rasullulah saw yang berkata:"Wahai Ishaq janganlah kamu halang kecintaan penduduk Nafisah kerana Allah memberi rahmatNya kepada mereka berakt Sayidah Nafisah.

Sumber, Siapakah Wali
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
AwekTrader
AUTHOR
October 4, 2014 at 12:09 AM delete

Subhanallah...
Begitu hebatnya jika diIzinkan Allah
Pasti kebaikan dapat menerajui segalanya
inshaAllah...mudah-mudahan

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 4, 2014 at 3:33 PM delete

dia wanita pilihan . dizaman ini rasanya tidak ada karamah sebegitu lagi ...

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
October 5, 2014 at 4:57 PM delete

asalamualaikum ustaz...nak melekat sini nak baca dakwah ni..selamat hari raya korban sebelumnya ya.tqvm datang visit blog Etuza

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
October 6, 2014 at 9:18 AM delete

Salam Aidil Adha MS...Bertuahnya Sayidah Nafisah. Karamah pilihan allah..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 6, 2014 at 1:05 PM delete

sayidah nafisah contoh teladan yg harus saya ikuti sebagai muslimah
perkongsian yg sgt bermanfaat..alhamdulillah
salam aidiladha mselim

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
October 6, 2014 at 5:40 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Sesungguhnya contoh teladan yang baik bagi kaum wanita. Selamat Hari Raya Aidiladha buat mSelim dan semua rakan blogger..:)

Reply
avatar
Tengkubutang
AUTHOR
October 6, 2014 at 7:32 PM delete

Singgahbalas, 1st time dengar nama ni, tp ilmu baru buat teman.. tq ms

Reply
avatar
October 7, 2014 at 4:24 PM delete

Selamat Hari Raya Korban En Selim..All the best..Thanks sharing cerita menarik

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
October 8, 2014 at 8:57 AM delete

salam aidiladha selim....tq share....mv taq http://msvelentine.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
October 8, 2014 at 11:24 AM delete

Assalam,
Kisah yang amat menarik utk dijadikan iktibar dan semangat!

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon