Cinta itu adalah unik. Cinta itu bukan untuk makhluk. Cinta hakiki itu hadirnya tanda diduga. Adakah dengan cinta itu semakin menghampirkan diri kita dengan pencipta. Atau semakin membuatkan kita semakin jauh daripadaNya. Cinta Kepada Bunga Akan Layu, Cinta Kepada Manusia Akan Berpisah, Cinta Kepada Allah itulah Cinta yang Hakiki.
Cinta itu adalah terlalu unik dan terlalu sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Cinta itu bukanlah lesen untuk kita berdua-dua dengan pasangan yang bukan mahram kita. Adakah cinta itu adalah lesen untuk kita berpegangan tangan dan berpeluk-pelukan dengan pasangan kita yang belum sah. Dugaan orang yang bercinta memang tidak dapat dinafikan sealiran dengan perkembangan masakini yang terdedah kepada ledakan internet masakini. Internet itu tidak salah yang salah adalah cara kita menggunakan internet itu kepada kearah kebaikan atau ke arah sebaliknya.
Cinta itu adalah suci. Jadi janganlah kita cemarkan dengan aktiviti-aktiviti atau perlakuan yang tidak elok. Cinta adalah anugerah yang mesti kita hargai dan jagai dengan sebaik-baiknya agar tidak dicemari dengan perlakuan yang menyimpang daripada landasan syariat yang sebenarnya.
Cinta itu juga bukan untuk orang atau insan yang mempunyai mata. Mata bukanlah yang menilai kecantikan seseorang itu secara hakiki. Adakah kita cintai seseorang itu kerana kecantikannya, adakah kita cintai seseorang itu kerana agamanya, adakah kita cintai seseorang itu kerana keturunannya. Hakikatnya cinta yang sebenarnya adalah cinta seseorang itu kerana Allah dan cinta seseorang itu kerana agamanya. Kerana agamalah yang membimbing seseorang itu agar sentiasa berada di landasanNya.
Cinta kerana kecantikkan seseorang itu, tidak kekal abadi. Apabila kita telah menjalani proses ketuaan segala yang cantik itu jelek. Apakah yang tinggal dalam diri atau nilai seseorang itu .. yang penting adalah agama. Apalah guna isteri yang cantik tetapi buruk akhlaknya.. Wanita yang cantik tetapi buruk akhlaknya ibarat bunga mawar yang berduri. Inginkah kita jadi mawar yang berduri.
Tetapi jadilah wanita yang boleh diibaratkan pohon semalu yang selalu menguncup apabila disentuh.Walaupun pohon 'semalu' malu apabila disentuh tetapi tajam dengan durinya untuk melindungi dirinya daripada disentuh oleh pihak yang tidak berhak. Siapa yang berhak ... hanya insan yang bergelar 'suami'.
Untuk ingatan diri ini yang sering lupa dan memang selalu perlu diingatkan selalu ; Ambillah ingatan ini, moga ada hikmah buat diri ini dan para pembaca sekalian.
- Cinta Kepada Dunia Akan Lupa Pada Akhirat
- Cinta Kepada Kehidupan Akan Lupa Pada Mati
- Cinta Kepada Rumah dan Istana Akan Lupa Pada Kubur
- Cinta Kepada Harta akan Lupa pada Hisab dan Hitungan Allah.
- Cinta Kepada Makhluk akan Lupa pada Khalik iaitu Allah SWT.
pls: Yang baik datangnya daripada Allah, Yang buruk itu datangnya daripada kelemahan penulis sendiri. Tidak ada niat untuk menyindir , menghina, atau menguris perasaan mana-mana individu. Jika ada persamaan adalah secara kebetulan.
Kredit : Sumber
11 comments
Write commentsAssalammualaikum mselim,
Replythanks utk peringatan tu..cinta oh cinta..
mselim, ada typo dekat atas sekali ejaan Allah jadi Alalh..ehe
Walaikumsalam..niesa,
Replyterima kasih atas teguran tu... sudah dibetulkan typing error tu.........
mselim3
pls: thanks niesa sudi visit mselim3....
Salam mSelim. Cintailah dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan cintailah akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Namun, tanpa iman dan ilmu semuanya hanyalah kata-kata puitis yang hanya manis dibibir kan..
ReplySalam MS ..terima ksih atas perkongsian tentang cinta yang tak pernah berpenghujung ini ..Moga2 kita mendapat manfaat drp artikel ini ..
Replyterima kasih bro atas perkongsian..Manusia ni sentiasa terlupa..maka diharapkan ada lagi manusia yg lain yg tampil memperingati sesama yg lain..good job broo..Allah Zidka Khaira
Replywalaikummusalam...yatie,
Replyinsaallah kalau mselim3 sempat nanti join k..
mselim3
pls: dah follow blog baru yatie ..
nice sharing mselim
Replyperkongsian yg bagus utk direnungkan buat kami yg bergelar wanita
salam. terima kasih perkongsian ini :)
Replybersama kita muhasabahkan diri terutama buat yang bergelar Hawa..:))
Cintailah Ilahi.. Cinta sejati yg kekal abadi..
ReplyAssalamualaikum MSelim3;
ReplyPerkongsian yg baik.. cinta Illahi adalah cinta yg abadi... peringatan buat kita semua. T kasih..
Assalamualaikum....alhamdulillah perkongsian yg bgus...sama sama mengingatkan antara satu sama lain
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon