Tiba-Tiba seorang pemuda datang berjumpa dengan imam sesebuah masjid untuk bertanyakan sesuatu persoalan yang tidak diketahuinya. Pemuda itu dengan yakin dapat merasakan bahawa imam masjid itu pasti tidak dapat menjawab persoalan yang mengganggu fikirannya selama ini. Sambil pemuda itu mengatakan bahawa selama ini , profesor dan ramai orang yang pintar pun tidak mampu menjawab pertanyaannya.
Kini tiba masa untuk pemuda menayakan atau mengajukan persoalan kepada imam. Berikut adalah pertanyaan pemuda itu:
pertama berkenaan dengan persoalan wujudkan tuhan kepada saya?,
keduanya apakah yang dinamakan takdir?.
Ketiganya, kalau syaitan diciptakan daripada daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab syaitan dan api neraka daripada unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah berfikir tentang itu?
Dengan tiba-tiba imam tersebut terus menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Lalu pemuda itu, memegang pipinya yang sakit akibat ditampar oleh imam itu. Sambil menyatakan itulah jawapan atas ketiga-tiga persoalan yang ditanyakan oleh pemuda tadi. Lalu pemuda itu kehairanan dan bertanya untuk lebih kepastian.
Jawapan persoalan pertama wujudkan tuhan kepada saya?
Imam menanyakan kepada pemuda itu bagaimana rasa tamparan yang dirasakan itu. Pemuda itu mengatakan 'sakit' . Lalu imam itu menyuruh agar pemuda itu mengatakan bagaimana yang dikatakan 'sakit' itu. Namun tidak dapat diterangkan oleh pemuda itu. Lalu imam mengatakan begitulah wujudnya 'sakit' yang dapat dirasakan dan dapat dirasakan kehadirannya tapi tidak dapat digambarkan atau dituturkan dengan kata-kata.
Jawapan persoalan keduanya apakah yang dinamakan takdir?
Kemudian imam bertanya lagi apakah malam tadi dia bermimpi bahawa hari ini dia akan di tampar imam pada hari ini. Jawapan pemuda itu, tidak. Lalu imam menyatakan adakah pemuda itu terfikir bahawa hari ini dia akan ditampar oleh imam. Pemuda itu, pun menjawab, tidak. Lalu imam itu, menjelaskan bahawa itulah namanya takdir seperti mana yang ditanya oleh pemuda itu.
Jawapan persoalan ketiganya kalau syaitan diciptakan daripada daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab syaitan dan api neraka daripada unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah berfikir tentang itu?
Imam menyatakan walaupun tangan diperbuat daripada kulit dan pipi diperbuat daripada kulit, iaitu unsur yang sama akan tetapi apabila kita ditampar tetap merasi kesakitan itu. Begitulah, juga dengan syaitan, walaupun syaitan diciptakan Allah daripada api dan api neraka daripada api iaitu daripada unsur yang sama. Namun ,jika Allah menghendaki maka neraka pasti menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Kredit : Sumber
13 comments
Write commentsbanyak yang kita kna pelajari didunia nie
Replysebab tu kalau tak faham perkara berkaitan dengan akidah, kena jumpa dengan orang yang pakar..mudah je nak faham kan :)
Replypengajaran yg bagus. baru tahu pasal kisah pemuda kena tampar.
Replypenjelasan yg begitu baik dan sangat bernas...
Replyhusna ada baca yang ni..
Replykena sekali menjawab ketiga2 soalan..:)
Thanks for sharing mselim3..
ReplyAssalamualaikum MSelim3;
ReplyPerkongsian yg sgt bagus & bermanfaat.. jelas maksudnya.. :)
baru tahu dia ye, kena penampar.. pengajaran yang baik untuk semua..
ReplyPernah terbaca mengenai kisah ni. Kisah yang menarik untuk dijadikan pengajaran :)
ReplyBagus nya jawapan imam.
ReplyThe best.
Ha tak memasal dpt penampor hehe
Terima kasih mselim :D
P/s: Qila singgah dari segmen kak Mialiana Hihihi.
Semangat gilo ni heee.
Jom blogwalking! Heee.
Pernah baca kisah ini, tetapi setiap kali membacanya semula...ia pasti menyentuh jiwa.
ReplyAssalammualaikum..
Replysuka dgn entry ni.. memang jawapan yg bernas skali. masih ada kah org mcm ni zaman skrg? hehee
Begitulah ilmu mampu menjawab soalan yang sukar..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon