Siapakah itu Qatilah Binti Nadhr ?

qatilahbintinadhr

Nama penuhnya ialah Qatilah binti Nadhr bin Haris bin al-Qamah yang berasal daripada Bani Abdu Dar suku Quraisy. 


Ayahnya qatilah ditawan oleh kaum muslim ketika perang badar, kemudian dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib ketika dalam perjalanan kembali ke Madinah. Nadhr adalam pembawa perang pasukan kaum Musyrikin ketika dalam perang Badar dan termasuk tokoh Quraisy. Dia juga orang yang bermusuh dengan Rasullulah saw ketika di Mekah. 


Tindakan Rasullulah saw yang memerintahkah Saidina Ali bin Abi Talib untuk membunuh Nadhr adalah suatu tindakan yang bijak. Ketika Nadhr berada di Mekah, dia bukan sahaja menyakiti kaum muslimin tetapi juga berusaha membuatkan orang muslim lalai daripada mengingati al-Quran. 


Suatu ketika , Nadhr bin Haris berkata kepada orang Quraisy :"Wahai orang Quraisy telah datang kepada kamu suatu semua perkara yang kamu tidak mempunyai alasan untuk mengelakkannya . Dahulu Muhammad ialah seorang pemuda yang kamu sayangi , paling jujur dan paling amanah. Setelah dia berubah membawa perkara yang disampaikan kepada kamu dan kamu mengatakan dia tukang sihir. 

Demi Allah dia bukan tukang sihir kami benar-benar mengatahui siapa tukang sihir. Kamu mengatakan dia dukun, demi Allah dia bukan seorang dukun kerana kami telah mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan dukun. Kamu mengatakan dia penyair demi Allah dia bukan seorang penyair sesungguhnya kami mengenali penyair dan jenis-jenis syair. 

Riwayat Ibnu Abbas ra menjelaskan , Nadhr membeli hamba-hamba wanita yang pandai menyanyi dan menghiburkan. Setiap kali orang yang cenderung kepada Rasullulah saw, dia mempengaruhi mereka melalui salah seorang penyanyinya. 

Penyanyi tersebut menyajikan makanan dan minuman kepadanya, kemudian menyanyi dan menghiburkan sehingga tidak lagi kecenderungan kepada islam. Berkenaan ini Allah swt berfirman :


Maksudnya : Dan antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah. 
(Surah Luqman ayat 6)


Sejak ayahnya Qatilah di tawan dan meninggal dunia , Qatilah memeluk islam dan meriwayatkan beberapa hadis daripada Rasullulah saw . Qatilah meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. 


Rasullulah saw pernah mengujinya kerana dia mengubah sebuah syair yang berbunyi : 
"Al Wahid al-Alif yang tidak memerlukan pengganti melainkan Allah yang mengetahui segala yang terjadi."

Sumber : 100 Tokoh Wanita di Zaman Rasullulah saw
Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
Long Cham
AUTHOR
April 6, 2014 at 3:53 PM delete

wah banyak gak muslimah dlm sejarah islam yg kita xtau

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
April 6, 2014 at 3:54 PM delete

abg selim macamna nk bt komen tu ikut bln?

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
April 6, 2014 at 4:04 PM delete

ok... kucing hitam boleh tengok kat link nie :

http://www.mizzaiza.com/2014/01/widget-pengomen-terbanyak.html

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 6, 2014 at 5:02 PM delete

byk kisah wanita zaman nabi..yumida pun baru mengenali nama ni mselim. nice sharing

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
April 6, 2014 at 5:40 PM delete

terima kasih bro mselim..
ats pkongsian... yak ilmu baru dipelajari

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 7, 2014 at 12:28 AM delete

Assala MSelim3;
Subhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat.. semoga beroleh berkat Allah swt... aamiin..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
April 7, 2014 at 12:44 AM delete

baru puteri tau tentang Qatilah ...terima kasih berkongsi :)

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
April 7, 2014 at 11:05 AM delete

Assalammualaikum mselim,sungguh tak sangka byk juga tokoh wanita zaman Rasulullah yg xdiketahui..thanks share..

menabung kt sini... :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 7, 2014 at 11:58 AM delete

Perkongsian yang menarik, terima kasih.

Reply
avatar
April 7, 2014 at 12:44 PM delete

salam Tuan Mselim

saya suka benar tuan berkongsi tentang sejarah serikandi Islam ini.teruskan perkongsian bermanfaat ini

Reply
avatar
April 7, 2014 at 1:34 PM delete

Assalamualaikum...

Kiranya Qatilah ni antara serikandi Islam ke?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 7, 2014 at 2:51 PM delete

tq berkongis kisah menarik ni !

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
April 7, 2014 at 4:57 PM delete

Terima kasih mselim..kalau tak baca kat sini, tak kan tahu ni..hehe

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 7, 2014 at 5:56 PM delete

Salam en. mselim...

TKasih atas perkongsian bermanfaat ini...

Reply
avatar
April 7, 2014 at 10:18 PM delete

pertama kali baca kisah ini kagum jadinya .. terbaik

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
April 7, 2014 at 10:53 PM delete

Thanks MS..Bertuah mereka yang hidup dizaman Rasulullah S.A.W. kan...

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
April 8, 2014 at 12:57 AM delete

Ramai lagi rupanya tokoh wanita dizaman nabi yang ramai tak tahu...dengan perkongsian ilmu begini maka panjang sedekah kita dari segi ilmu pengetahuan ni...

terima kasih Mselim..

Reply
avatar
are_lin@yu
AUTHOR
April 8, 2014 at 4:43 PM delete

alhamdulillah dia msuk islam kn last skli..kisah sejarah yg kta xtau.huuhu

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
April 8, 2014 at 9:38 PM delete

Assalam mselim,
Memang tak pernah tahu kisah ini. Terima kasih berkongsi... :)

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
April 9, 2014 at 3:57 PM delete

terima kasih kongsi cerita macm ni mselim..sekurg-kurangnyer nad tau siapa orang tu

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
April 12, 2014 at 11:44 AM delete

nice entry mselim....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon