Fatimah Binti Qais : Isteri Usamah Bin Zaid

wanitadizamanrasullulah


Wanita yang tergolong orang pertama berhijrah ini bukan hanya mempunyai rupa paras yang cantik menawan tetapi juga seorang yang sangat cerdas dan mulia serta berwibawa. Ketika suaminya, Abu Amr bin Hafsh menceraikannya ramai lelaki yang datang melamarnya termasuklah Muawiyah binti Abu Sufyan.

Fatimah ternyata tidak dapat menentukan siapa yang sesuai untuk dirinya. Dia pun pergi menemui Rasullulah saw untuk berbincang dengan baginda. Akhirnya, baginda mencadangkan Usamah bin Zaid untuk menjadi pendampingnya. Setelah pernikahan berlangsung, Fatimah berkata:"Aku benar-benar bahagia atas pernikahanku dengannya."

Di sela-sela pernikahan dan penceraian Fatimah , ternyata banyak kitab-kitab hadis yang merakam riwayatnya. Dia meriwayatkan daripada Rasullulah saw sebanyak 31 hadis. Antara riwayatnya ada yang muttafaq'alaij dan tiga hadis daripadanya diriwayatkan Imam Muslim. 

Imam-imam hadis yang lain juga ramai yang meriwayatkan daripadanya. Dialah yang meriwayatkan hadis tentang nafkah dan pemberian tempat tinggal bagi isteri yang diceraikan. Dia juga meriwayatkan hadis tentang al-Jassasah yang suka mengintai. 


Sepanjang hidupnya , Fatimah banyak menghabiskan waktu dengan berdakwah. Rumahnya sering dijadikan tempat bermusyawarah pada zaman pemerintahan Umar bin Khattab. Bahkan ketika Umar terbunuh ramai orang yang datang berkumpul di rumah Fatimah. 



Az-Zubair bin Awwan adalah salah seorang yang sangat menghormati keperibadian Fatimah binti Qais. Dalam sebuah ucapannya Zubair berkata :"Dia adalah seorang wanita yang cerdas dan mulia." 

Begitulah peranan sahabat Muhajirin dalam menyebarkan dan meninggikan dakwah islam. Perkara yang boleh dipelajari ketika berbicara tentang hijrah dan orang Muhajirin, kita tidak terlepas daripada peranan besar orang Ansar yang juga banyak berjasa memberikan keamanan serta ketenteraman bagi Muhajirin. Mereka (orang Ansar) telah melapangkan rumah dan hartanya. 

Suatu hari , seorang lelaki datang bertandang ke rumah Rasullulah saw Baginda segera pergi ke salah sebuah rumah isterinya berkata :"Adakah kamu ada makanan?" Isteri baginda menjawab,"Demi Allah! tidak ada makanan sedikit pun kecuali air." 

Baginda kemudian berkata kepada para sahabatnya, "Siapakah yang mahu melayan tetamu ini?" Salah seorang Ansar berdiri menjawab,"Aku akan melayannya, Wahai Rasullulah." Akhirnya, sahabat Ansar itu mengajak tetamu Rasullulah pulang ke rumahnya. Sesampainya di rumahnya, sahabat Ansar tersebut berkata :"Hormatilah tetamu Rasullulah". 

Isterinya menjawab,"Sesungguhnya makanan yang ada pada kita hanya cukup buat anak-anak kita."Si suami berkata, "Buatlah anak-anak kita tidur dahulu dan jika makanan sudah siap, matikan lampu." 

Makanan pun dihidangkan dan tetamu tersebut makan dengan lahapnya sehingga kenyang. Sementara si tuan rumah akhirnya tertidur dalam keadaan lapar. 

Ketika tiba waktu pagi, Rasullulah saw berkata kepada sahabat Ansar tersebut,"Sesungguhnya Allah menghormati akan perbuatanmu kelmarin." 

Kemudian turunlah ayat berbunyi : 
surahalhasyrayat9

Maksudnya :

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.(surah al-hasyr ayat 9)

Sumber : 100 Tokoh Wanita Di Sisi Rasullulah Saw 
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
April 22, 2014 at 2:03 PM delete

aslmualaikum mselim, terima kasih dessert minda selepas lunch ni... sebelum mulakan kerja baca sekejap entri mselim, great piece of sharing mselim and keep it up....

Reply
avatar
April 22, 2014 at 3:18 PM delete

wanita memang hebat. Dia mampu menggoncang dunia..

Reply
avatar
Sari
AUTHOR
April 22, 2014 at 11:25 PM delete

bagus perkongsian ini.... memuliakan tetamu memang dituntut.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 23, 2014 at 1:10 AM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah.. berdakwah sememangnya baik.. kebaikannya berangkai2. Memuliakan tetamu juga satu perbuatan yg sgt murni... secara tak langsung menjadi dakwah melalui perbuatan dgn menghormati tetamu.. t kasih atas perkongsian ini.

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
April 23, 2014 at 12:09 PM delete

thanks for sharing mselim!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 23, 2014 at 9:48 PM delete

allahu akbar..lengkap nya diri saidatina fatimah..
hebat sungguh..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
April 24, 2014 at 9:57 PM delete

antara wanita yang memang hebat..perkongsian yang bermanfaat ni :)

Reply
avatar
April 28, 2014 at 4:08 AM delete

Terima kasih mselim atas perkongsian cerita-cerita yang hebat ini..

Reply
avatar
April 29, 2014 at 11:12 AM delete

Salam Tuan Mselim

Orang yang berdakwah adalah orang yang membantu agama Allah..

Reply
avatar
April 29, 2014 at 11:13 AM delete

Jika kita bantu agama Allah. Allah akan membantu kita.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon