Syifa' telah memeluk islam sebelum kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Dia berhijrah ke Madinah dan merupakan rombongan pertama yang berhijrah. Dia juga telah berbaiah dengan Rasullulah saw bahkan beberapa riwayat menyebutkan Rasullulah saw sering datang ke rumahnya bersama beberapa sahabat dan tidur siang (qailulah) di sana.
Dia begitu rapat dan dipercayai oleh Rasullulah saw . Baginda pernah memintanya untuk mengajar para isteri baginda membaca dan menulis. Rasullulah saw pernah bersabda:"Ajarlah Hafshah cara mengatasi 'an-namlah' sebagaimana kamu telah mengajarkannya menulis."
Atas jasanya dalam dunia pendidikan, Rasullulah saw membina sebuah rumah untuknya di Al-Kahhalin. Dia tinggal bersama anak lelakinya di rumah itu.
Syifa' merupakan seorang sahabat wanita yang mulia, memiliki kecerdasan dan pendapat bernas. Umar bin al-Khattab selalu berbincang dengannya dan memberikan kepercayaan urusan pasar kepadanya.
Dalam periwayatan hadis, Syifa' juga meriwayatkan langsung daripada Rasullulah saw dan Umar bin al-Khattab. Abu Daud juga meriwayatkan daripada Syifa'
Berikut adalah sebuah hadis riwayat Syifa' tentang afdhalul a'mal (perbuatan-perbuatan yang utama) dalam mushab al-Isobah melalui Mas'ud. Suatu hari Rasullulah saw ditanya tentang hakikat iman. Baginda menjawab,"Beriman kepada Allah, berjihad di jalan Allah dan haji yang mabrur. "
Tentang keperibadian Syifa', Ibnu Sa'ad menyebutkan bahawa dia tergolong wanita yang cerdas dan mulia. Rasullulah saw selalu mengunjunginya dan rehat pada siang hari di rumahnya.
Syifa' juga menyediakan tilam serta sarung khusus untuk Baginda tidur. Ketika asy-Syifa mempunyai anak pun , Rasullulah saw masih sering mengunjunginya sehingga akhirnya Marwan bin Hakam datang mengambil anak lelaki Syifa' daripada Rasullulah saw.
"Syifa' merupakan seorang sahabat wanita yang mulia, memiliki kecerdasan dan pendapat yang bernas....."
Diolah semula mselim3Sumber 100 wanita di zaman Rasullulah saw
20 comments
Write commentssalam Mselim...singgah sini
Reply#prayforMH370
Moga2 kita mendapat anak2 yang seperti Syifa.....
Replysy juga menginginkan anak2 perempuan sy cerdas dan mempunyai sifat2 mulia..mencontohi para sahabat Baginda Rasullah .
Replyassalamualaikum...
Replymama singgah sini, setelah lama menghilang..
moga mendapat anak yang mulia dan cerdik seperti Syifa..amin.
ReplyAlhamdulillah..bahagianya menjadi Syifa...
ReplySalam sahabat
ReplyWanita juga dihargai dan dihormati akan ilmu dan kemahirannya. Islam tidak pernah menyekat dan memandang rendah untuk seorang wanita menuntut ilmu dan beramal dgn ilmu dan kemahirannya.
subhanallah kisah yg hbat bro muslim,..
Replyperkongsian yg menarik.. sebelum ni x pernah dengar nama beliau..
Replyoooo...semoga isteri mcm beliau..heheheh
Replyramai yg idamkan isteri mcm syifa nih ...
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyKisah seorang wanita yg hebat & baik utk dicontohi setiap kaum hawa... t kasih atas perkongsian.
Islam telah mengangkat martabat wanita.
Replyislam mengangkat martabat wanita sebegitu tinggi...tp ramai wanita hari ini menjatuhkan maruah dan martabat sendiri..
Replysalam..lama saya tak datang sini..semoga anda sihat walafiat..:-)
Replysemoga menjadi inspirasi kepada wanita wanita diluar sana..
wanita islam sebeginilah yang kita nak..kerana ia dapat menyinarkan lagi syiar islam di mata bukan islam serta dapat membuka mata tentang kebenaran islam..
bertuah kalau kita jadi tok guru..kerana kita dapat beri manfaat pada yang memerlukan..dan Allah memberi ganjaran hebat pada kita bila kita mengajar dengan ikhlas..
"guru itu ibarat rasul" :-)
subhanaAllah kisah yang sangat hebat ^_^
Replyseharusnya sifat beliau dicontohi oleh semua wanita..
Replyterima kasih atas perkongsian selim....bagusnya kalau dapat anak seperti syifa
Replythanks mselim share..Semoga beliau akan terus menjadi idola/sumber/ikutan wanita2 di zaman sekarang...
Replyuntungnya kalau sekarang ini ramai wanita hebat seperti beliau
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon