Kajian Mengenai Labah-Labah

kajianlabahlabah

Setiap orang mungkin pernah menjumpai makhluk kecil yang disebut Labah-Labah. Dirumah, dikampung atau dikebun. Tapi makhluk kecil ini hanya menarik perhatian serius segelintar orang sahaja. Padahal ia adalah salah satu bukti atau tanda kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Allah menciptakan labah-labah dengan begitu unik dan sesuai dengan tugas dan peranannya sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. 


Marilah kita perhatikan labah-labah ini secara lebih dekat, untuk melihat betapa Tuhan adalah yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui,Maha Kuat,Maha Sempurna dan Maha segala-galanya. Jika seseorang berfikir mengenai labah-labah mungkin akan terlintas tentang sarangnya. Sarang ini merupakan keajaiban reka bentuk yang tersendiri. Ia direka dengan rancangan tersendiri beserta teknik perhitungannya. 


Jika kita memperbesarkan labah-labah menjadi seukuran manusia, sarang yang dianyamnya akan memiliki ketinggian sekitar 150 meter. Ini sama tingginya dengan bangunan pencakar langit 50 tingkat. Maha Hebat Tuhan yang telah menciptakan seekor bintang yang tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat atau bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya


Tuhan telah menciptakan labah-labah yang dapat membina bangunannya sendiri. Bagaimana Labah-labah mempu membuat sarang sebesar ini.

Allah membekalkannya dengan ilham atau ilmu tanpa perlu belajar di mana-mana sekolah atau universiti seperti manusia. Allah mengajar haiwan kecil ini untuk menjadi arkitek, jurutera dan pekerja binaan sejak dilahirkan. Sebaik saja dilahirkan labah-labah telah menjadikan arkitek yakni membuat rancangan sarangannya, setelah rancangan disiapkan, labah-labah menjadi jurutera pembinaan yakni menghitung seberapa besar beban-beban yang akan menempati posisi-posisi tertentu pada sarang. Selepas itu labah-labah juga menjadi pekerja binaan. labah-labah melempar benang yang dipintal ke udara, lalu aliran udara ini akan membawanyanya ke tempat-tempat tertentu, dimana ia menempel. Lalu kerja menyusun benang-benang itu dimulai. Perlu satu jam atau lebih untuk menganyam sebuah sarang. 

Mula-mula labah-labah menarik benang jenis kuat dan tegang dari titik pusat ke luar, untuk mempersiapkan rangkanya. Ia lalu menggunakan benang jenis kendur dan melekat unuk membuat lingkaran dari arah luar ke dalam. 

Dalam kehidupan manusia , kerja sebagai arkitek, jurutera dan pekerja binaan biasanya dilakukan oleh orang yang berbeza tetapi dalam kehidupan labah-labah Tuhan mengajarkannya sekaligus kepada seekor haiwan kecil sahaja. Maha Agung Tuhan yang mengajarkan berbagai ilmu kepada seekor haiwan kecil yang tidak berakal sedangkan ilmu-ilmu itu terpaksa diagihkan kepada ramai orang dikalangan manusia yang berakal.
Lalu, bagaimana kita tidak kagum dengan Tuhan yang Maha Hebat itu?

Mengapa kita masih berbangga dengan ilmu-ilmu dan akal yang amat terbatas? Sedangkan Tuhan dapat mengilhamkan pelbagai ilmu kepada makhluk yang tidak berakal. Benang yang diguanakan labah-labah juga luar biasa. Benang labah-labah 5 kali lebih kuat dari serat besi waja dengan ketebalan yang sama. Ia memiliki gaya tegang 150 ribu kilometer persegi. Jika seutas tali bergaris tengah 30 cm terbuat daripada benang labah-labah. Ia mampu menahan berat 150 buah kereta. Saintis menggunakan benang labah-labah sebagai model ketika membuat bahan yang dinamakan Kefia, yakni bahan pembuat jaket anti peluru. Peluru-peluru berkecepatan 150 meter perdetik, dapat menembusi benda atau objek yang besar yang dikenainya. Kecuali benang yang diperbuat daripada Kefia, tetapi benang labah-labah 10 kali ganda lebih kuat daripada Kefia.

Benang ini juga lebih nipis daripada rambut manusia, lebih ringan daripada kapas tetapi lebih kuat daripada besi waja diakui sebagai material yang terkuat di dunia. Besi waja termasuk material paling kuat yang dihasilkan dengan peralatan industri berat, menggunakan besi dan dalam tungu bersuhu ribuan darjah. Ia direka khas agar berdaya tahan tinggi, untuk digunakan pada binaan lebar bangunan tinggi dan jambatan. Labah-labah menghasilkan material yang 5 kali ganda lebih kuat daripada besi waja. Padahal ia tidak memiliki sistem tungku pembakaran dan teknologi apa pun . Ia hanyalah makhluk kecul yang tidak mampu berfikir. Sungguh satu keajaiban bahawa makhluk kecil ini mampu menghasilkan benang yang lebih kukuh dari besi waja dan menggunakannya untuk membuat bangunan dengan cara yang sama seperti para arkitek dan engineer manusia lakukan.

Tuhan Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata "Jadi" maka terjadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah kuat tetapi perlu diingat bahawa ia dianggap kuat dalam kategori benda yang sama ukurannya sahaja, walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput.

Melalui labah-labah dan sarangnya ini Tuhan mengajar kita bahawa makhluk itu lemah, sejenis makhluk menyangka dirinya atau benda buatannya adalah yang terkuat dan terbaik. Walhal sebenarnya ianya lemah jika dibandingkan dengan makhluk yang lain.

Seperti labah-labah yang menyangkakan sarangnya adalah yang terkuat dan terbaik, sedangkan jika diukur dengan ukuran manusia sarang labah-labah itu adalah benda yang sangat lemah sahaja.
Betapalah kita jika dibandingkan dengan kekuatan Tuhan yang menciptakan labah-labah itu. Makhluk atau benda-benda selain Allah kekuatannya nisbi sahaja, yang mutlak itu Allah SWT. Oleh itu, Allah mengingatkan kita dalam Surah Al-Ankabut ayat 41 yang bermaksud :
surahalankabutayat41
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Selain untuk menjadi pengajaran dan perumpamaan, Tuhan ciptakan makhluk itu tidak sia-sia, ada tugas dan peranan yang telah diamanahkan kepada makhluk-makhluk tersebut. Mungkin orang menganggap apalah gunanya labah-labah, kecil, mengotorkan atau merbahaya kerana ada sejenis labah-labah "Black Widow" yang bisanya boleh membunuh manusia. Tetapi kita harus ingat bahawa labah-labah pernah berperanan besar dalam sejarah perjuangan islam (kebenaran). Lebih-lebih lagi ia telah terlibat langsung dalam membantu perjuangan Rasullulah saw. Sewaktu Rasullulah saw bersembunyi di dalam gua Tsur kerana hendak dibunuh oleh kaum Musyikin Quraisy, hampir saja Rasullulah saw dikesan dalam persembunyiannya itu.

Namun, Allah telah mengilhamkan kepada labah-labah untuk cepat-cepat membina sarang di pintu gua itu, sehingga memberi kesan seolah-olah tidak ada orang yang baru masuk ke dalam gua itu.
Allah memperdayakan musuh-musuh islam yang kuat dan ramai hanya dengan khidmat seekor labah-labah. Tidak nampak lagikah betapa Tuhan Maha Bijaksana? Tidak terfikirkah betapa Dia Maha Pelindung?

Sebenarnya dengan memperhatikan ciptaan Tuhan kita dapat mengenali dan menghayati sifat-sifat Allah. Orang yang belajar mengenal Tuhan maka ilmu-ilmu keimanan itu akan meresap ke dalam fikiran. Apabila ilmu-ilmu keimanan itu diamalkan dengan faham dan khusyuk, serta memikirkan kebesaran Allah maka iman akan meresap ke dalam hati. 

Dia bukan setakat sedar dengan akal adanya Allah tetapi merasai dengan hatinya akan wujudnya Allah. Kerana itu dia mempunyai hubungan hati dengan Allah sentiasa mengingati Allah. Orang beginilah yang Allah maksudkan dalam Surah Ali Imran ayat 191, 


surahaliimranayat191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Previous
Next Post »

19 comments

Write comments
Abam Kie
AUTHOR
March 30, 2014 at 12:27 PM delete

salam. jangan bunuh labah-labah itu krna dia telah menolong Rasulullah dulu..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
March 30, 2014 at 2:59 PM delete

Yup labah-labah antara binatang muli yang pernah berbakti kepada Rasulullah s.a.w..

Reply
avatar
March 30, 2014 at 5:47 PM delete

salam...kisah labah-labah yang indah ini perlu dijadikan panduan untuk kita terutamanya umat Islam

Tuan Muslim...terima kasih kerana bertanya harga set usus.

boleh tolong bagi saya emel atau facebook untuk saya tunjukkan harga detail tentang set usus. saya jual harga ahli kepada sesiapa sahaja untuk membantu.

mengikut peraturan shaklee kami tidak boleh dedahkah harga ahli kepada public.

harga yang dipaparkan dalam blog adalah harga runcit yang lebih mahal berbanding harga ahli. terima kasih

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 30, 2014 at 11:36 PM delete

puteri memang kagum setiap kali melihat sarang labah labah... :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 31, 2014 at 1:14 AM delete

binatang yg berjasa dan menyelamatkan Rasulullah . Selamatkan DiGi di sini .

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
March 31, 2014 at 9:54 AM delete

Dulu, umat Islam pernah mencapai tahap kegemilangan peradaban manusia kerana pada satu ketika dahulu ramai dikalangan saintis datangnya dari wilayah yang menerima pengaruh Islam. Umat Islam pada waktu itu cenderung mempelajari alam sekitarnya sehingga banyak kajian saintifik dihasilkan oleh para cendekiawan hinggakan banyak membantu dalam mempermudah urusan harian.

Hari ini, entah bagaimana sifat ingin tahu umat Islam telah malap tidak seperti di era kegemilangan cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khwarizmi dan lain-lain.

Reply
avatar
Sheila Salim
AUTHOR
March 31, 2014 at 10:29 AM delete

Assalamualaikum. Subhanallah. Allahuakbar. singgah menabung ford sini~~~

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 31, 2014 at 2:18 PM delete

Subhanallah.. setiap kejadian di muka bumi ini pasti ada tujuanya..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 31, 2014 at 3:40 PM delete

Salam,
setiap makhluk Allah ada keistimewaan dan kelebihannya. Jika bijak dan positif maka dapatlah kita menilainya. Entri ini sungguh berilmu sekali. Saya suka sekali...tapi isteri saya takut labah-labah, hehe

Reply
avatar
Arckiba
AUTHOR
March 31, 2014 at 9:20 PM delete

Ada gak jenis labah-labah yang menyorok bawah tanah .

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
April 1, 2014 at 7:57 AM delete

SubhanaAllah..Allah sebaik2 Pencipta..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2014 at 1:05 PM delete

very gd sharing ni, tq yer !

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
April 1, 2014 at 7:23 PM delete

Sikap labah-labah yg tak pernah putus asa...

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
April 2, 2014 at 2:00 AM delete

subhanallah. hebatnya ciptaan Allah. thanks sharing mselim3

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
April 4, 2014 at 11:37 PM delete

sedangkan binatang boleh membuat sesuatu tanpa peralatan dan mampu berfikir,inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang boleh membezakan buruk dan baik..allahuakbar..Allah Maha Besar

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon